Thursday, July 11, 2013

Ramadhan Kareem


Assalamualaikum wbt...
Terima kasih kerana masih sudi singgah di blog Amy...
Mood baik skit hari ni, terasa nak update blog..muehehe
Amy dah jarang sangat memasak sejak dua menjak ni, terutama dah masuk Ramadhan.. bukan Amy malas tau, tapi encik suami kata, tahun ni kita berjimat, kita berusaha supaya lebih menghayati Ramadhan.. ewah!
Pak Samad ( jiran Amy)  pun marah kenapa membazir di bulan Ramadhan.. di surau banyakkkkk makanan katanya. Amy malu la sebenarnya.. dalam hati berandaian kat surau tu ada orang tua-tua je.. Amy rimas nanti orang suka tanya itu ini... mampu jawab tak apa... kena soalan cepumas... isk ! malulah.. 
Tapi tahun ni cuba-cuba berjinak dengan surau ( sebelum ni pi tarawih je).. tahu  ni berbuka dekat surau, solat dekat surau.. tarawih.. dan dengar tazkirah.. anak-anak pun ok je... diaorang kata makanan kat surau pun sedap jugak kalau nak dibandingkan dengan buffet di Hotel.. 
Allah hu Akbar... 
seronok rupanya berbuka di surau, berbanding kebiasaan  berbuka 4 orang je kat rumah, atau buffet ramadhan di Hotel.. Di Hotel dah la bercampur lelaki perempuan ketika nak ambil iftar... yang tak puasa pun sibuk nak beriftar juga.. lepas tu tak ada tempat solat... kadang maghrib pun 'leboh' canner tu ??... Jadi kawan-kawan meh le kita berbuka di surau atau masjid... memakmurkan rumah Allah, menghayati Ramadhan tanpa pembaziran ... in sya Allah berkat.. !!
 
gambar ni hiasan je  ..
 
ha, ni gambar Amy snap semalam ( 2 Ramadhan 1434 / 11.07.2013), muehehe sebab mengantuk sesangat.. kena buat kerja tak berfaedah skit.. simpan sebangai kenangan. Imam/ustaz ceramah ni hensem jugak, suara pun lemak merdu..! muahaha.. (takkan dalam surau pun nak ber-eyo mo Amy? alahai nakainya !! )
 
 Amy ni bukan la baik sangat nak nasihat orang, catatan Amy sebenarnya lebih kepada menasihati diri sendiri. Apa-apa pun dari catatan Amy adalah ikhlas dari hati, tidak ditujukan kepada sesiapa. Dalam pada berFB dan berblog, Amy jumpa catatan ini. Meh, kita baca sama-sama.. ( terima kasih untuk Izzuddin, pelajar praktikal 2013 )
Dalam bulan Ramadhan terdapat 10 kesalahan paling hit iaitu :

1.Tidak sahur.
- puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong.

2.Sahur terlalu awal
-Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper.

3.Terlebih tidur
- lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah . Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.

4. Berbuka secara buffet sampai buncit
- ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

5. Membazar hingga membazir.
-lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.

6.Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
-bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal

7.Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadar
- Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!

8. Puasa tapi tak solat.
- pahala puasa pending, sebab tak solat. Ayoyo!

9. Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
-bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan.

  10. Gagal upgrade  iman selepas lalui Ramadhan.
-ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.

Ramadhan Kareem!
Selamat berpuasa.
Let us make this Ramadhan is the best Ramadan ever!
Ikhlas Lillahi Ta'ala.
 

1 comment:

  1. Selamat berpuasa Emmy. Enjoy reading ur entry, pls visit mine too :)

    Im new beginner.

    http://salamselawat.blogspot.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA