Saturday, July 19, 2014

Durian Crepe

Assalamualaikum.. salam sahur.. Harini nak cerita pasai durian crepe..tetiba kena masak durian crepe di bulan puasa ni.. hati sangat beratt rasanya. Bukan kerana malas tapi kerana tak brapa suka dengan bau durian..kut saja saja nk buat mmg idok le teman ye.. ni pasey hey orang mengidam nk makan.. ku gagahi jua. Aku tau ramai yang suka durian crepe ni termasuk le my x-boss encik kamaruzzaman kamari..ingat pulak kat dia!.. dan oleh kerana itu.. aku kasi la resepi kat blog aku ini...supaya korang boleh buat sendiri..dan terpenting sekali korang tak mendera aku lagi.. huhu.. ok mola mola kita kasi tengok dulu itu durian crepe punya picture lah..
Kemudian kita kasi tengok itu resepi nyeee ..resepi ringkas.mudah.dan.sedap (ceh! Angkat bakul punya Ami.. muahaha) Bahan2nya : - Durian.. buang bijinya dan lecekkan sedikit dengan sudu..kut nk ramas ngan tangan pun suka ati korang la bukan Ami nampak pun kan hehe - Whipping cream - Ami guna 1/2 kotak je 250gm tepung gandum 2 biji telur saiz B 500 ml santan (Ami guna santan khalis. Ia sgt pekat..Ami ambil santan 250ml campur dengan air panas 250 ml) tapi boleh je guna santan apa pun.. insya Allah jadik. *1 1/2 susu teh garam. 1 sudu besar minyak masak. pewarna kuning. Caranya : - keluarkan whipping cream dari peti ais. Biarkan ia separuh cair *2 - mix kan whipping cream sehingga ia menjadi kental *3 - simpan balik dlm peti ais. - Masukkan semua bahan ke dlm blender dan bled sampai sebati. - tapis ke dalam bekas. - Panaskan kuali non stick dgn api sederhana. - Masukkan bancuhan tadi ke dalam kuali yg tlh panas(sendukkan). JANGAN GATAI NAK SAPU MINYAK ye.. nanti crepe tu tak cantik..menggerutu. - Sejukkan sekejap crepe tu sbb kalo panas nk buat dah tak dan dan tergedik gedik maka whipping korang akan cair.. jgn habaq kata tak jadi lepaih ni na..aku pukui korang.. (ewah garang tak bertempat pulak ye) - ok lepas tu letaklah whipping tu atas crepe. - kemudian ambil isi durian yang tlh dilecek tu lebih kuran 1/2 sudu besar letak atas whipping tu. - lapiskan sekali lagi dengan whipping cream. - lipat le crepe - dah siap - simpan dalam peti ais sekejap supaya shipping tu mengeras sedikit. - ngap le tunggu apa lagi..ops!puasa..mlm karang ye.. PETUA DAPUR AMI *1 - Santan jgn pekat sangat nnt crepe tu akan merekah dan pecah semasa melipat. *2 - whipping cream ni sensitif. Kalo dia sejuk pun kita mix dia tak jadi. Kalo dia dah cair sangat pun kita mix dia taknak jadi kental. So..sedang sedang saja. Bila keluarkan dari tempat simpanan biasa nya tempat sejuk bekukan..biarkan dia cair dengan sendirinya pada suhu bilik selama 1/2 jam atau 45 minit. Goncangkan kotak dan tuang dlm bekas.. tengok kut dia ada ketulan lagi biar lagi beberapa minit. Agak dah cair pegang bawah bekas..biar dia rasa sejuk dan mulalah mix. Kalo tak sejuk dah bekas tu bahagian bawah dia masukkan balik dalam peti ais bahagian sejukbeku tu 5 minit. Ami selalu guna whipping ni..
*3 - kental yang Ami maksudkan adalah seperti ini.
*4 - ok last petua Ami ialah.. bancuhan atau resepi ini adalah juga sangat sesuai untuk dibuat ketayap atau setengah2 org panggil kueh gulung... selamt mencuba..resepi ikhlas dari hati Ami

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA