Thursday, July 19, 2012

Chicken Chop.. Resepi Simple Tapi Sedap !

 Selamat Malam kengkawan. Malam ni Ami nak kongsi satu resepi chicken chop simple.. tapi sedap! ewah.. (masuk bakul angkat sendiri lagi..skg org tak masuk bakul dah...orang naik lift..hmm memang kena tekan butang lift sendiri kan ?? he he). Ini resepi ada gurunya ya..bukan cilok dari internet tau.
Kebetulan malam ni tak tau nak makan apa rasanya sesuailah Ami cuba resepi yang Ami belajar minggu lepas kat Kolej tu. Hari tu pulak Ami tak sihat, kat kelas orang belajar Ami tidur je.. itulah banyak sangat makan dan menginiaya diri sendiri..Jadi malam ni Ami nak cuba.. Ada 3 resepi sos yang chef kat kolej bagi, Black pepper sos, lemon sos dan oriental sos. Tapi malam ni ami buat satu je..BLACK PEPPER..so inilah resepinya ...jeng jeng jeng..

Bahan-bahan perap
Fillet ayam tanpa tulang ( Ami beli dekat kedai bersebelahan KFC kamunting )
Black pepper- ( Ami derhaka skit Ami letak yang Aji Sho punya ha haha)
garam ( Ami tak letak garam dah sebab dalam Aji Sho tu dah complete )

Bahan untuk 'coating'
1 biji telur
tepung gandum + tepung jagung ( agak² la kasi sama banyak dua tepung ni )
Bread crumbs / serbuk roti ( kat kedai juai ayam tu ada, tanya je )

Caranya:
Basuh dan toskan ayam sehingga bersih
satukan semua bahan perap selama 15 minit
Panaskan minyak dengan api yang sederhana ( Ami guna periuk kukus he he )
Salut ayam dengan tepung
salut pulak ayam bertepung tu dengan telur
gaul dengan serbuk roti
Goreng dengan minyak yang banyak ( macam nak habis la minyak 1/2 botoi he he)

Black Pepper Sauce :
1 labu bawang besar
4-5 sudu besar lada hitam dikisar halus 
(Ami beli dah siap kisar, guna satu sudu besar je)
1-2 sudu besar kicap pekat
( Ami guna kicap kipas udang yang lemak manis tu ...ngeee)
1 kiub pati ayam knorr
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung + 1/2 cawan air
2 sudu besar susu cair
( Ami guna fresh milk 1/2 cawan )
garam dan gula secukup rasa ( Ami letak satu sudu kecil gula )

Caranya:
Panaskan minyak ( Ami guna butter 1 sudu besar) 
tumis bawang besar hingga layu ( chef guna bawang kuning, argh kat kedai mamak depan tu ada bawang merah je..blasah jelah)
masukkan 1 cawan air dan kiub ayam
masak hingga kuah agak pekat
masukkan lada hitam, kicap dan kemudian tepung jagung yang telah dilarut dalam air tadi
kacau jangan berhenti tau, jangan malas..
kemudian masukkan susu cair/susu segar dan rasakan garam dan gula..

lepas tu tuang le atas ayam tadi..ngap le.. 
bahan² hiasan tu suka ati le yer..

selamat mencuba... !!

11 comments:

  1. sos dia buat kak fiza dah terliuq dah ni...nanti nak try la buat...=)

    ReplyDelete
  2. A'kum. Ami buat tak kek aiskrim..klau buat saya nk tempah ...

    ReplyDelete
  3. A'kum. Saya nk tempah kek aiskrim bleh ke? Nk ambik 16hb mac..

    ReplyDelete
  4. salam..nk wt chicken chop nie klau x gune serbuk roti bleh x??

    ReplyDelete
  5. Klu boh hp sos black paper lg sedap....
    Black paper klu blh goreng dn bland sndri lg sdap..
    klu da pa2 lg blh col sy..0195165117(kimie)

    ReplyDelete
  6. sorry..ami lamaaaa tak buka blog, sibuk ya amat sgt.. maklum le raya, sebelum raya pun sibuk dah.. hehe maaf yer..!

    ReplyDelete
  7. Memang mudah resepi ni.rugi siapa tak buat tau

    ReplyDelete
  8. Gambar pun dah berkata kata bahawa ia sedap....hihi
    Mggu ni nak buat lah.
    Tq sharing sis.

    Jemput singgah umah ye

    http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Gambar pun dah berkata kata bahawa ia sedap....hihi
    Mggu ni nak buat lah.
    Tq sharing sis.

    Jemput singgah umah ye

    http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Assalam. Baru je buat untuk my boy.. terbaca pulak update you. Nampak sedap tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA