Thursday, May 24, 2012

Semalam beli kasut ni. Wah! bukan main semangat lagi main badminton petangnya. Habis semua set sapu BESIH !.. he he.. Sebenarnya bukan le aku ni bagus sangat main badminton, sekadar boleh main je le.. sembang n cakap - cakap je menggerunkan, saja bagi semangat kepada kawan - kawan... Harap perlawanan pada 10 Jun, 2010 akan memihak kepada pasukan aku..  Kepada kawan-kawan yang belum beli kasut KUNIN BERSIH ni.. silalah beli yer...!!


Aku dah biasa dengan kasut Yonex .. Ada jenama lain pun rasa macam tak best je. Pertama kali aku tengok Cikgu Lan pakai, mak hai terujanya ( masa tu aku pakai kasut Yonex juga tapi warna merah ) kemudian tengok pulak Lee Chong Wei pakai di setiap kejohanan badminton ..alahai macam tak sabar nak memiliki dan memakainya...
   Ni kasut lama... tak 'bye-bye' lagi kat dia, elok lagi..sayang dia! banyak jasa nih! .. mmm rasa macam nak buat koleksi kasut sukan pulak.. susun cantik macam kedai sukan! ewah!!


entry: 23.05.2012

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA