Thursday, September 12, 2013

Makaroni Bakar Versi Melayu


Bahan Yang Diperlukan

400g Daging Kisar
250g  Mozzarella Cheese
6 Keping Chesdale
30 g Butter
1 cawan Susu Segar / Fresh Milk

1 sudu besar minyak masak / minyak zaitun
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu bedar serbuk kurma
2 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil serbuk oregano
2 kiub daging
4 biji telur




Caranya :

Makaroni direbus bersama 1 sudu besar minyak masak/minyak zaitun
dah kembang, toskan

Panaskan kuali
masukkan butter
tumiskan bawang merah dan bawang putih
Bila bawang dah naik bau, masukkan rempah kurma
masukkan daging dan biar sehingga daging masak
masukkan lada sulah, oregano dan kiub daging
masukkan susu segar, kacau sebati
jika kurang masin tambahkan garam
Dah masak tutup api
Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam makaroni tadi
gaul rata



sapu bekas loyang/aluminim foil dengan butter ( supaya makaroni tidak melekat)
masukkan makaroni separuh
lapiskan dengan cheese
isi semula dengan lebihan makaroni
lapiskan di bahagian atas dengan chesdale dan Mozzarella
bakor le selama 40 minit dalam suhu 180'c





 dah masak sejukkan sekejap
boleh le potong 
Ngap ! dengan sos cili / myonise

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA