Thursday, July 4, 2013

2013 YANG SIBUK

Salam Tahun Baru  2013...

Muehehe... tahun baru apalah ye.. dah bulan Julai ..dah setengah tahun... banyak yang aku nak update tapi masa sungguh tak mengizinkan.. tak ada resepi baru yang aku cuba yang nak dikongsi bersama cuma, beberapa perkara mengenai aktiviti dan pengalaman.. mungkin sedikit akan memberi panduan dan pengajaran...

Selesai PRU 13 maka sibuklah para peserta kejohanan sukan tahunan pihak berkuasa tempatan termasuk la aku ni... berlatih setiap hari..lupa dah macam mana nak masak apatah lagi mencuba resepi. Buruk sungguh perangai aku ini ...


Sukan aku cuma badminton.. hidup mati itulah saja yang reti nak main..bukan pandai sangat pun tapi boleh la daripada tak reti langsung.. buat cukup syarat penyertaan.. Tak ada aku kang tak boleh nak bertanding pulak, kan....?

Maka bermulalah episod-episod latihan dan perlawanan persahabatan... 

Shikin, Aku, Sharul & Armynul
 Ni sukan apa ni..owh!.. ni kejohanan antara kakitangan, memang hampeh kalau jumpa Armynul.. kira ni gang 'Final' la kan... kununnya la kan.. sebab yang lain tak brani kan kan kan... 


Yang ni Perlawanan Persahabatan dengan Majlis Perbandaran Manjung. Tangan aku dah start sakit... aduii..


Hendak tak hendak, bersedia atau tidak 14.06.2013 bertolak ke Tanjong Malim.. ini sebahagian gang aku.. Encik Anas, Encik Musnarizal, Encik Satna Raja, Encik Krishnan , Kak Liza dan aku.. kitaorang berlungguk dalam kereta Encik Anas ni... sangat Happy... maklum la baru nak pergi ... muahahaha..


Shikin n aku

Acara perbarisan 16 kontingen pihak berkuasa tempatan
Aku dah start rasa gedebuk-gedebak dalam hati.. rama-rama dalam perut pun diammm je.. dalam istilah lain.. 'kecut perut' ni..

team badminton Majlis Perbandaran Taiping..
nilah yang ada pun.. sungguh 'warisan' adanya !

Pulun, punya pulun, sampai ke peringkat suku akhir..babai... aku dah terkehel kepala lutut.. argh ..itulah akibatnya orang tua tak sedar diri macam aku... wakakaka kutuk diri sendiri..baguskan??.. bagus-bagus..!!
 sampai balik mai Tepen kena la pergi sepital yer...
Moral of the Story :
Setiap pertandingan perlu ada persediaan. Persediaan mental dan fizikal yang cukup. Mental perlu kuat, pertama apabila   bertemu pihak lawan, jangan duk ketaq perut ( nak buat macam mana dah aku 'nebes' ) kedua mental kena kuat bila balik opis kena kutuk !! ( amboi sedap kutuk orang ye, yang korang tu awat tak p main.. tapi ckp dalam hati je la kan..lantak korang la nak kata apa pun .. kalau aku tak bagus, korang had kutuk tu lagi la.. tak bagus langsung-langsung !! )

Hari-ke hari keadaam fizikal semakin pulih. In syaa Allah lepas raya boleh sambung main badminton semula.. dah rindu pada GANG KAMPUNG JAMBU terutama cikgu azizah, cikgu ch'ng, cikgu Young, kak Azmah dan kak Sharifah.. rindunya..

Sukan ini adalah satu aktiviti kegemaran aku. Walau ada suara sumbang di hujung² telinga. Tapi aku tak kisah.. Aku bermain bukan kerana 'nak dapat T-shirt percuma' tapi aku bermain untuk diri sendiri. Biar patah-riuk, biar tak ada siapa nak menghargai.. asalkan aku happy dengan diri aku sendiri.. in sya Allah aku akan bermain selagi terdaya.. biar sampai tua..walaupun tak sampai hujung nyawa..wakakaka..







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA