Friday, October 12, 2012

MENGAPA DAN UNTUK APA UCAP TAKZIAH.. ??

Salam Pagi Sabtu..
Biasanya pagi Sabtu aku memang 'free' skit, jadi bolehlah semak blog, update atau letak entry baru. Tapi harini tak ada kek atau masakan yer ! 'GANTUNG PERIUK' istilahnya...he he
Tujuan aku ber-blog bukanlah untuk menunjuk²...owh ! tidak  kawan²ku.. segala apa yang 'di-entry' kan dalam blog aku ni hanyalah semata-mata untuk kita kongsi bersama. Untuk rasa bangga dan riak tidak sekali-kali. Aku faham kekadang ada juga yang berasa hati, iri hati atau sakit hati, tapi maafkanlah aku.. hidup ini terlalu singkat untuk kita terjemahkan dalam bentuk masa. Rugi kita beririhati atau berdengki sesama kita. Tidak ada maknanya segala apa yang ingin dilakukan dipendamkan sahaja hanya kerana takut perkataan orang lain. Setiap orang ada haknya..kalaupun darjat seseorang itu berbeza.. tapi maruah tiap seorang dari kita adalah sama. Janganlah kerana khatam sebuah kitab, rasa diri kita maksum, takde salah dah, kita buat semua betul..hingga kekadang perkataan yang keluar menghina orang lain. Nauzubillah.. !!!
Sungguhpun kita mengejar akhirat, tapi kaki masih berpijak di bumi, masih dalam alam fana, masih ada kewajipan bermasyarakat, masih ada tuntutan duniawi yang wajib dan fardu.. Senang cakap, kau masih perlukan orang lain di satu masa yang lain, hatta menggali kubur engkau pun kau perlukan orang lain. WARAK mana pun engkau takder mayat/jenazah kau bergolek sendiri ke dalam kubur.

eh! merayau-rayau pulak entry aku ni yer..(mungkin kerana ada peristiwa yang menimpa² buat hati sedikit terasa, tidak berdendam, tapi muhasabah diri sendiri, mungkin ada celanya atau yang datang adalah dugaan dari ilahi) apapun aku minta maaflah yer .. berbalik kepada persoalan di atas, aku terpanggil untuk menggarap entry TAKZIAH.. kerana terkenangkan seorang kawan sepejabat yang kebakaran kedai / restoran Nasi Ayamnya di Jalan Stesen Taiping. ..Jadi nak cakap apa yer kat dia..so aku terjumpa entry ni. Terima kasih Hafiz Firdaus!..

Gambar ehsan google


Jawapan Kepada Persoalan Takziah:
Takziah atau belangsukawa bererti menganjurkan orang yang ditimpa musibah untuk bersabar. Ia berkait rapat dengan musibah kerana musibah lazim berlaku tanpa diduga dan ia kerap menimpa dalam keadaan seseorang tidak bersedia menerimanya. Dalam keadaan seperti ini, sebahagian orang – termasuk diri aku sendiri – akan memberi reaksi yang menjauhi sifat sabar, apatah lagi untuk bersifat redha. Justeru di sini takziah memiliki peranan yang penting di mana orang lain akan menganjurkan orang yang ditimpa musibah untuk bersabar.
Diriwayatkan dalam sebuah hadis:
مَا مِنْ مُؤْمِنٍ يُعَزِّي أَخَاهُ بِمُصِيبَةٍ إِلاَّ كَسَاهُ اللَّهُ سُبْحَانَهُ مِنْ حُلَلِ الْكَرَامَةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.
Tidaklah seorang mukmin menghibur (bertakziah) saudaranya yang ditimpa musibah melainkan Allah Subhanahu akan memakaikan kepadanya salah satu dari pakaian kemulian pada Hari Kiamat.[1]
Cara-cara menyampaikan takziah adalah seperti berikut:
1.     Pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam, takziah disampaikan dengan bertemu secara terus kepada orang yang ditimpa musibah. Ini adalah cara yang utama, namun boleh juga menyampaikan takziah dengan menggunakan teknologi masa kini seperti panggilan telefon, sistem pesanan ringkas (SMS), emel, facebook, tweeter ataupun blog (mcm aku ni la kan)
2.     Tidak ada tempoh masa untuk menyampaikan takziah. Asalkan diketahui seseorang itu ditimpa musibah, kita dianjurkan memberi takziah. Namun yang utama ialah memberi takziah seawal mungkin kerana ujian kesabaran paling hebat berlaku pada saat seseorang itu ditimpa musibah dan ujian ini makin berkurang dengan peredaran masa. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
إِنَّمَا الصَّبْرُ عِنْدَ الصَّدْمَةِ الأُولَى.
Sesungguhnya kesabaran itu tidak lain ketika pukulan awal (saat musibah menimpa).[2]
3.     Takziah disampaikan dengan apa jua ucapan asalkan ia dapat menghiburkan orang yang ditimpa musibah, menerangkan keutamaan bersabar dan mengingatkannya bahawa Allah mengkehendaki kebaikan di sebalik musibah itu.
4.     Takziah tidak sekadar ucapan tetapi diikuti dengan perbuatan membantu. Pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam, baginda menyuruh A’isyah radhiallahu anha memasak bubur Talbinah untuk dihantar kepada orang yang menghidapi penyakit atau ahli keluarga yang sedang bersedih kerana kematian. Baginda menerangkan hikmahnya:
إِنَّ التَّلْبِينَةَ تُجِمُّ فُؤَادَ الْمَرِيضِ وَتَذْهَبُ بِبَعْضِ الْحُزْنِ.
Sesungguhnya bubur Talbinah menghiburkan hati orang sakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan.[3]
Contoh yang lain, ketika melihat jenazah Ja’far yang gugur dalam peperangan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
اصْنَعُوا لآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا فَقَدْ أَتَاهُمْ مَا يَشْغَلُهُمْ.
Buatkanlah makanan untuk ahli keluarga Ja’far kerana mereka telah ditimpa sesuatu yang menyibukkan mereka.[4]
Merujuk kepada poin ketiga di atas, sekalipun takziah boleh disampaikan dengan apa jua ucapan, yang lebih utama ialah menggunakan ayat al-Qur’an atau hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam. Berikut diberikan tiga ayat al-Qur’an dan hadis yang sesuai lagi umum untuk apa jua musibah. Apabila ahli keluarga, sahabat atau siapa jua ditimpa musibah, sampaikan salah satu dari ayat atau hadis berikut dalam bahasa yang mereka fahami.
·       Pertama:
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأَمْوَالِ وَالأَنْفُسِ
وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ.
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ.
أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ 
.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami kembali.” Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. [al-Baqarah 2:155-157]

Tekankan penghujung ayat di atas di mana orang yang bersabar dan mengucapkan kalimah Istirja’ (إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ) akan mendapat tiga anugerah daripada Allah Subhanahu waTa’ala iaitu kebaikan, rahmat dan hidayah.
·       Kedua:
وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا
وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ.
Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya. [al-Baqarah 2:216]
·       Ketiga:
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلاَءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاَهُمْ
فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ.
Sesungguhnya besarnya ganjaran (pahala) bersamaan dengan besarnya ujian. Sesungguhnya apabila Allah mengasihi sesuatu kaum, Dia menurunkan ujian. Maka sesiapa yang redha maka dia mendapat keredhaan (Allah) dan sesiapa yang marah maka dia mendapat kemurkaan (Allah).[5]
Adapun takziah untuk orang yang menghadapi kematian sama ada ahli keluarga, saudara mara, sahabat, rakan kerja dan sebagainya, maka ucapan berikut menjadi pilihan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda, bahawa Allah Subhanahu waTa’ala berfirman (hadis qudsi):

مَا لِعَبْدِي الْمُؤْمِنِ عِنْدِي جَزَاءٌ إِذَا قَبَضْتُ صَفِيَّهُ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا ثُمَّ احْتَسَبَهُ إِلاَّ الْجَنَّةُ.
Tidak ada balasan di sisi-Ku bagi hambaku yang beriman, ketika Aku mengambil buah hatinya dari kalangan penduduk dunia lalu dia mengharapkan pahala dari-Ku, melainkan syurga.[6]
Sebelum mengakhiri jawapan ini, ingin diperingatkan bahawa ucapan takziah bukanlah dengan berkata “Takziah” atau “Sabar ya…!” atau “Isy-isy! Ujian-ujian!”. Kata-kata seperti ini tidak menghiburkan orang yang ditimpa musibah, menerangkan keutamaan bersabar dan mengingatkannya bahawa Allah mengkehendaki kebaikan di sebalik musibah itu.

BIBLIOGRAFI

[1]  Hasan: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no: 1301 (Kitab Ma ja’a fi al-Jana’iz, Bab pahala menghibur orang yang ditimpa musibah). Terdapat beberapa hadis dalam bab ini, setiapnya dengan beberapa jalan periwayatan. Semuanya memiliki kelemahan di dalamnya. Justeru di kalangan ahli hadis ada yang menganggap ia tetap lemah manakala sebahagian lain menganggap ia dapat diangkat ke darjat hasan lighairihi.
[2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1219 (Kitab al-Jana’iz, Bab kesabaran ketika pukulan awal).
[3] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 5257 (Kitab al-Tibb, Bab bubur Talbinah untuk orang sakit). Talbinah ialah bubur yang diperbuat dari gandum dan kadangkala dicampur dengan madu.
[4] Hasan: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah­, hadis no: 1610 (Kitab al-Jana’iz, Bab menghantar makanan ke rumah keluarga si mati).
[5] Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 2396-2 (Kitab al-Zuhud, Bab berkenaan sabar dalam menghadapi bala’).
[6]Sahih:Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 5944 (Kitab al-Riqaq, Bab amalan yang dengannya dapat mencari wajah Allah).
~Ami : InsyaAllah - aku, jujur dengan perkataan aku sendiri~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA