Thursday, January 3, 2013

AKTIVITI HUJUNG TAHUN

Salam Malam Jumaat ... huarghh harg harggg !
Aku sibuk aa sejak dua menjak ni..makin berusia makin sibuk. Mulanya sekadar mengisi masa lapang, tapi lama kelamaan dah jadi tugas dan tanggungjawab.  Tapi itukan motif aku? nak mengisi masa lapang dengan kerja² yang bermanfaat, paling aku bahagia andai gerakerja aku menjadi kebahagiaan orang lain juga.
Kebiasaannya aku akan bermain badminton pada waktu petang.. dalam pada biasa-biasa dah rasa nak bermain dengan orang lain.. maka terjalinlah satu persahabatan lain dalam ertikata bermain itu ...huh!

 ini Team aku..he he

Friendly dengan Gang JKR Parit Buntar
Ada sesapa berhajat boleh hubungi aku..ewah bunyi macam riak pulak kan? Owh tidak-tidak, aku sekadar menjalin hubungan, mencari saudara antara makhluk Allah! heh!

Pada hari yang sama aku ada latihan koir untuk pertandingan koir peringkat PBT

Berlatih pagi petang siang malam ;


Ini gang koir pulak...
kenangan terindah di Kampung Manjoi ♥
Hari yang dinantikan ewah!







Penaung : Setiausaha Perbandaran Encik Borhan b Abd Halim atau lebih dikenali sebagai 'BOB'
 .
hehe ..gurau je S.U yer 


Ini Cikgu kita ..Encik Zulkifli b Rasdi..comel je kan
Apapun kitaorang tak begitu bernasib baik.. maklumlah pengalaman pertama. Daripada 15 PBT yang menyertai, kitaorang di tempat yang ke 7 je..

Sungguhpun begitu..walaupun kalah, ada jugak yang berkenan nakkan kitaorang menyanyi lagi...
Permintaan pertama di Zoorama


 Permintaan ke dua di Fiesta Pelancongan  Negeri Perak
Di Ipoh



Ini MENTOR aku A'Ai..


Wah ! happy .. aku suka group ni.. ♥
Dalam apa jua keadaan, perbalahan, pertengkaran, perselisihan pendapat adalah lumrah alam, kerana kita adalah manusia biasa yang diciptakan dengan perbezaan. Sungguhpun demikian, kitaorang dah macam satu famili, apapun yang berlaku In Sya Allah pada akhirnya kita akan bersatu dan mencapai satu titik permuafakatan.. alhamdulillah !..
Lastnya berkoir pada malam 31 Disember, 2012.. menyambut tahun baru

Tapi aku tak count down kat Ipoh, balik Taiping juga
jumpa dan bermanja dengan CHINTAHATI ♥♥
...bersambung..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA