Tuesday, December 11, 2012

PANCAKE - CHINTA - HATI

Selamat Isteri Rehat ..he he..
lama dah aku tak memblogkan diri aku kan?.. Sibuk aaa sekarang, tak kenapalah aku terjebak pulak dengan duna artis ni..(ewah! perasan sungguh)..
Tapi hari ni aku free skit.. tak jadi senamrobik ngan Fara ( janji manismu sungguh la kawan ku ini) 
nak buat macam mana kan, kita manusia hanya mampu merancang...
ok la..aku sebenarnya nak kasi korang resepi PANCAKE ni.. mudah dan sedap...


Resepi asal aku dari Che Mat Gebu lah ( Terima kasih Abg Mat) Fav.bloger aku he he.. tapi seperti abg mat jugak aku melakukan beberapa penderhakaan. Sebabnya ialah terlupa beli itu dan ini..ingatkan ada dalam freez rupanya dah 'selamat'..

RESEPINYA ( Ini Versi Penderhakaan Aku yer )

3/4 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil baking powder
2 sudu Sri kaya
1 biji telur
1/2 cawan krimer manis yang dibancuh dengan sedikit air ( haha Chek Mat Guna susu segar )
3 Sudu besar air
30 gm mentega yang di cairkan #
1 Sudu besar Myonise
1/2 sudu teh esen vanilla 
secubit garam

CARANYA
1. Aku masukkan semua bahan kecuali yang bertanda # ke dalam blender. Dan aku Blend sampai sebati.
2. Dah sebati aku masukkan bahan bertanda #
3. Sediakan kuali non-stick yang leper ( yang goreng ikan pun boleh - bedal je apa yang ada janji non-stick)
4. Nyalaan api sederhana ... kang rentung pulak pancake korang
5. Masukkan sesenduk bancuhan tadi ke dalam kuali.. 
6. Dan agak masak terbalikkan la..
7. Siap...hehe aku makan dengan madu dan coklat..

  

Resepi ni dijamin sedap!! 
TERIMA KASIH ABANG MAT..!


...
 he he ini si comel aku...!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA