Saturday, August 25, 2012

'Turun Ilmu' : Hajat Seorang Suami

Break puasa 6 hari ni, sebab jiran sebelah rumah adakan kenduri kawin anak perempuanya. Bajet encik suami nak hadiahkan kek setinggi 3 tingkat. Aku ni sakit jari..macam mana yer.. so hendak-tak-hendak encik suami kena la buat sendiri yer...

bersungguh² tu, sampai senget-senget kepala dia..

Wah tekun gila encik suamiku..hik hik
Sampai juling la mata tu cik abang oii..bagus - bagus! cepat belajar ni...
hah! ni le penyudahnya..buat skit kerja main yang banyaknya.. sama naik je ngan dua hero aku tu..mengacau je.. "nak rasa ummi?"... skittt je.. sikit, sikit, habis le krim aku tu... emm alahai.. :-) Hidup aku ni gitulah.. tak ada meriahnya kalau diaorang tak ada, kadang bila mengacau tu rasa tension le juga, tapi kalau diaorang tak ada laaagi aku tension.. sunyi sepi je rumah rasanya...

Nah! ini le hasilnya... boleh la kan, baget sakit jari... Kalau ikutkan hati aku dah tolak seeemua permohonan kek kawin, kek apalah semua lah..Tapi demi hajat encik suami ( Dera dia buat kek ni sendiri..tolong² gitu je) maka inilah hasilnya. Kesian Nurul Haji Nor Muhamad.. Kak Ami janji next time nurul order insyaAllah kak Ami buat yang seeeedap n canntik tu ( hamboi janji bukan main yer) bukan la kek kawin nurul dah kan..hehe..kek lain le..birthday ke anniversary ke..apa - apa lah yer :-) sorry yer sayang !! :-)


Ok.. Encik Suami..dah dah.. jom balik... Ucapan Selamat pengantin baru ikhlas dari kami sekeluarga. Moga jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat..
Aminnnn...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA