Friday, August 24, 2012

Keras Tangan Hari Ini - Dinamakan 'baik punya cilok'

Salam Aidilfitri.Hari ini dah masuk Syawal ke-6.. Sebenarnya hati aku gundah-gulana skit raya ni... ustaz² berpesan jangan ada perasaan sakit hati..aku beristighfar kepada-Nya, sesungguhnya hanya Dialah yang maha mengetahui.. Disebabkan oleh, kerana itu..aku rasa mood raya aku sedikit 'spoil'. Tumpang seronok anak-anak berayalah nampaknya. Kisah hati yang remuk-redam ini biarlah Tuhan saja yang mengetahui, dan moga Dia kurniakan aku 'masa' untuk mengubatinya.

Kerana itu juga, hari ini dah tiga hari aku berpuasa. Moga aku beroleh ketenangan, moga hati tidak berbicara-berbicara. InsyaAllah ...aku mohon pada Tuhan semoga dia, dia dan dia beroleh petunjuk tentang hukum Tuhan yang tidak boleh disamakan dengan hukum akal...

Arghh aku merepek apa ni kan.. sedih² pulak. Manusia yang kuat tak ada istilah sedih dan derita.. Manusia kuat hanya ada rasa kesyukuran...

Dalam pada aku mengadu pada Tuhan aku, harini ada kerja tak berapa nak berfaedah skit.. Aku cari lama dah beg kecik² ni..last skali rasa macam nak buat sendiri gitu..inilah dia hasilnya


Beg ni aku namakan dia.. BAIK PUNYA CILOK..
Nak tahu kenapa.. kerana beg ni kecikkkkk je.. muat purse, hp, dan kunci kereta .. jadi beg ini dalam ertikata lain adalah untuk aku 'bersiar-siar'. Ia sangat sesuai digunakan pada 'masa kecemasan' he he....(Baik punya cilok tu maknanya : senang nak melarikan diri..he he)

oklah, itu saja untuk hari ini..waktu berbuka dah hampir tiba. Aku tak masak apa pun. Yang ada nasi goreng tengahari tadi, si 'bucuk' request nak nasi goreng 'hitam'...








ok..jumpa lagi..bye ;-)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA