Saturday, August 25, 2012

SOTO AYAM

Selamat Tengahari..
Baru lepas sidai kain aku ni, cuaca nampak elok je... hari ni..banyak agenda dalam fikiran, tak taulah nak buat yang mana satu dan yang mana terdahulu. Penting sekali kemas rumah dulu ( kang tetiba ada je tetamu nak beraya memang naya) kedua siapkan baju sekolah anak². Ketiga rasa macam berat mata tu ( dan ke ni..maklumlah puasa..mood lemau tu ada selagi tak bangun buat kerja mesti tergolek-dog ni)

Beberapa hari yang lepas ada kunjungan sahabat encik suami dari Jabatan Imigresen Taiping, orang dah telefon cakap nak datang takkan aku nak kata "tak boleh" kan?. Baget aku puasa haritu sebenarnya..sib baik aku dan encik suami pandai berlakon..( pandai kan kan kan ? tak nampak cam puasa kan??) he he.. takpa..perkara kecik je.. kami berbesar hari u all sudi datang ke pondok buruk kami ni..

So, aku mestilah nak bagi diaorang makan², takkan nak makan kueh raya je ( kuih pun hampir sama je sebab dah satu pejabat kan, beli pun kat pejabat yang sama kan he he lawak betui )
yang ada ayam je.. maka aku teringat le lama jugak tak masak soto ayam dan bermasaklah aku seorang diri..


( Gambar internet yer, terima kasih puan internet he he)

Aku tak sempat pun nak ambik gambar, elok masa Wan Nur Fairuz tengah nganga  tu aku snap! gambor dia he he..melawak je ye Wan..kak Ami memang sewel skit.. Bila puasa lagi teruk tahap kesewelan tu..(harini sambung puasa sebab semalam makan kenduri banyak sangat!)..Encik suami pun 'tegulin' sambung tidur lepas sahur n solat tadi.. kih kih
Bila balik umah Wan mintak resepi..hamboih sedap sangat ke Wan..kat dalam internet ni ..berderet orang letak resepi..takpalah demi seorang sahabat kepada encik suami maka dengan ini aku letak le resepinya ya.. resepi ni dah diubahusai, asalnya dari sebuah buku masak..tak ingat dah buku apa ..lama dah ...

BAHANNYA :

(Dikisar halus )
80 gm bawang merah kecil
40 gm halia
30 gm bawang putih

Ayam sekor dipotong kecik- resepi asal direbus dan dicarik-carikan isi ayam. Tapi kak Ami baget puasakan, dah tu seorang diri kat dapur..maka kak Ami potong kecik² ayam tu ..

100 gm rempah sup adabi ( Bancuh dengan sedikit air )
20 gm serbuk ketumbar ( Kak Ami tak buh kelmarin, cari tak jumpak mana letak tah )
0.2 gm kulit kayu manis
0.2 gm buah pelaga ( 3 biji cam tu )
0.2 gm bunga lawang
0.2 gm bunga cengkih ( resepi asal takde )
1 batang serai 
Taugeh dicelur ( kak Ami tak buh buget angin hehe ikut tekak sendiri je kak Ami ni kan)
Suun - digoreng dan disimpan dalam bekas kedap udara ( nanti masuk angin tak best )
Kacang tanah digoreng tanpa minyak
Bawang goreng, daun sup dan daun bawang untuk hiasan
3 liter Air
1 sup bunjut adabi ( respi asal takder )
Garam, gula dan msg secukup rasa
Nasi himpit secukupnya..

CARANYA :
1. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkihdan serai hingga naik baunya
2. masukkan bahan yang dikisar..Tumis hingga tukar warna kekuningan
3. masukkan rempah sup dan kacau rata hingga naik bau
4. masukkan ayam dan kacau rata. biar 5 minit sambil mengacau² untuk sebatikan rempah dgn ayam
5. masukkan air dan sup bunjut adabi, garam gula serta msg (jika suka la pak aji ni )
6. dah mendidih, ayam pun dah masak ..boleh lah diangkat, dan dihidangkan dengan nasi himpit.
7. hias dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng serta bergedil ( betui ke eja ni ha..blasah je lah..malaih dah nak check spelling he he)
8. Sedap juga soto ni di makan dengan sambal kicap..


BERGEDIL KAK AMI..
Bahan:
2 biji bawang merah dihiris
sedikit minyak untuk menumis
125 gm Isi Ayam ( beli ramly punya senang siap dah hancur )
4 biji kentang saiz sederhana
1/2 sk garam
1 sb gula
1 sk msg (kalau suka )
1 kiub pati daging / ayam
1 sb lada sulah
1 sk lada hitam
1 sb tepung jagung
sedikit daun sup (kak ami tak letak, anak² tak suka )
1 biji telur ayam

Caranya:
kupas kulit kentang dan potong nipis, goreng sampai masak, angkat dan tumbuk kasi hancur  ( masa panas tu jangan biar sejuk kang susah nak lumat)
kemudian tumis bawang merah kecik, masukkan kiub pati ayam/daging tu dan letak skit air takut dia hangus pulak karang, dan masukkan isi ayam. kacau rata, dah masak masuk dalam bekas yang ada kentang lenyek/ tumbuk tadi.. gaulkan dengan semua bahan kecuali telur sehingga rata.( rasa la kalau tak cukup garam ke gula, maka buat le penambahan sendiri ye ) bulatkan/ leperkan celup telur pastu goreng hingga kekuningan.. angkat dan tos kan( oii jangan ratah na, makan dengan soto kih kih )

SAMBAL KICAP ( iNgat nak rahsia..tanya pulak hari tu..tak jadi la rahsia)
Bahan
10 biji cili padi
50 ml kicap kipas udang
1 sb gula
1 sk garam
1 peket kecil bawang goreng
50 ml air suam

blend je semua bahan..siap!

Walau bagaimanapun, rasalah setiap kali memasukkan bahan, kadang lidah kita ni tak sama, ada orang suka masin dan manis, kadang orang tak suka..ikut selera sendirilah yer..  Selamat mencuba..

Ha, ni satu gambar hadiah untuk Wan Nur Firuz posing di tempat yang sama he he
~Ami~





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA