Friday, August 31, 2012

AYAM MASAK PRUN

Hari ni, 28 Ogos, 2012 tak tau nak masak apa..terselak- selak buku resepi..mmmm
tengok dapur kak DJ lah... 
Aku cuba resepi ni..
ayam masak prun..

Sedap!. suka sangat.. Terima kasih kak DJ..
Istimewa tentang resepi ni, ia menggunakan rempah kerutuk

Tanpa membuang masa meh le nengok resepinya 

Bahan - Bahan :
1/2 ekor ayam ( dipotong kecil )
70 gm buah prun
1 sb rempah kerutuk Adabi
4 sb cili giling
air secukupnya
garam secukup rasa
4 sb sos cili
2 sb sos tomato
3 sudu sos plum
rempah 4 sekawan 
( kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga ) 
5 biji tomato ceri

Bahan Kisar :
1 inci halia
1 batang serai
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Caranya :
Perapkan ayam bersama rempah kerutuk, cili giling dan bahan kisar selama sejam
Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan hingga wangi
Masukkan ayam yang diperap tadi
Kalau perlahan hingga mendidih kemudian masukkan air secukupnya.
Apabila ayam hampir mask, masukkan bahan selebihnya
Kacau hingga sebati dan masukkan tomato ceri. 
Gaulkan
Bila ayam dah masak, tutup api dan ngap le.. dengan nasi putih atau nasi minyak...


~Ami ~


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA