Saturday, June 9, 2012

PIZZA

Tadaaaa...
Happy bebudak petang ni sebab tetiba Umi masak pizza. Sangat segera..15 minit je tempoh penyediaannya. Encik Hubby pun suka.(Itu yang penting bagi Ami..kalau Encik Hubby tak suka, takkan masak kali ke dua)

Tak sempat ambil gambar selepas masak, dah kena potong. ini satu perempat daripadanya...
maklumlah pepetangcamtu..memang 'lapor-perut' le kan..kepada sesapa nak cuba resepi boleh le cuba resepi asal kat bawah ni ( My Resipi.com)

Bahan-bahan ( 2 pizza saiz sederhana )

  • Bahan untuk crust / doh :-
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 peket yis mauripan
  • 2 sdb susu pekat manis
  • sedikit garam
  • air
  • Bahan untuk topping :-
  • 2 keping nenas dlm tin
  • 2 sosej ayam
  • 5 biji chicken meatball
  • 1/4 capsicum hijau /boleh diganti dengan lada
  • 2 keping keju cheesedale
  • 1 biji tomato
  • 4 cendawan butang
  • Bahan untuk sos:-
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk/hiris halus)
  • 3 sdb sos cili
  • 6 sdb sos tomato (boleh kurangkan)
  • 1 sdb sos tiram

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan untuk crust ke dlm mangkuk kecuali air, gaul rata, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh, tutup doh dan biarkan 30 min
  2. tumis bawang putih hingga wangi, masukkan sos tiram, masukkan sos tomato dan sos cili, biarkan 2 minit atas api sederhana
  3. potong semua bahan toping kecuali keju mengikut saiz kesukaan
  4. ambil 1/2 doh tadi dan ratakan dlm loyang, sapu sos rata dan taburkan topping mengikut kesukaan.
  5. potong keju cheesedale dan letakkan diatas pizza, taburkan sedikit lada sulah dan lada hitam, bakar dlm oven selama 20 min pada suhu 180 darjah 
ITU RESEPI ASAL YE ..
TAPI PETANG NI AMI GUNA DOH SEGERA YANG DIBELI DI KEDAI KEK DEKAT DENGAN OPIS AMI HE HE..

Untuk toppingnya pun Ami letak simple je..mana yang ada kat dalam peti aisje..ada daging ayam kisar.. oklah..tumis 3 ulas bawang putih dengan butter. Masukkan ayam kisar 200gm, letak sedikit knorr pasti sedap, garam, lada sulah dan lada hitam...dah siap untuk daging ayam kisar...
mula tercari² sos Prego, aik takdak pulak dah so yang ada cuma sos cili, macam-macam sos cili la pulak yang ada, Ami rasa dulu mana sedap..mmm sos cili life sedap! oklah sapu 2 sudu besar atas doh segera tu. Kemudian Ami sapu Mayonise, letak ayam yang ditumis tadi, nenas dalam tin yang dipotong². Ami guna 2 keping je. Kemudian ami letak shredded Mozzarella cheese. Orang kata cheese ni sedap..lagi banyak letak lagi bagus!..mana taknyer mahey cheese ni.. 250gm sepuluh hinggit kat kedai kek tu.. Tapi disebabkan itu je cheese yang ada dalam freez Ami kan..blasah je.. kemudian Ami tabur lagi lada sulah dan lada hitam. Bakor dlm Oven api ataih bawah 180'c.. 10 minit.. isk..meleleh air liur pulak dah.. tapi skg dah 11.30 malam..esok- esok je la kan..

Pizza ni bagi Ami letak je apa kau suka..tak payah nak ikut skala bagai..ikutlah citarasa dan diet masing². Macam Ami anak² tak suka makan sayur, letak nenas tu pun berselerak ditolaknya ke tepi..Ada sesetengah orang alergi dengan makanan dan sayuran tertentu......pandai-pandailah tukar bahannya yer..Walau bagaimanapun, disebabkan ada permintaan dari kawan² maka Ami kasi le resepi asalnya yer.. selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA