Saturday, July 14, 2012

KEK DURIAN


Salam Sejahtera.. hello hai... he he.. lama Ami tak up date blog Ami ni sebenarnya.. sibuk skit sejak dua menjak ni..Sukanlah, kelab bola sepaklah.. isk takla jadi jurulatih bola sepak hik hik, jadi tukang masak je.. Dua hari lepas anak² bising nak makan durian. Ami tak suka durian sebenar-benarnya... jadi kena la pelbagai masakannya supaya bau durian tak ketara. First time masak kek durian..'kemekk' je hasilnya. Kali ni ( kira second time la kan) ok skit, lebih lembut dan rangup !ewah ! ( puji diri sendiri lagi ).. bagi yang nak cuba, Ami letak resepi kat bawah ni yer, resepi asal Ami ambil dari internet ( Mat Gebu) tetapi telah melakukan beberapa PENDERHAKAAN ( istilah mat gebu juga ni ) :

Resepinya :

Bahan - Bahan :
250 gm mentega ( Ami guna butter )
200 gm gula halus
3 biji telur  Gred A+ ( resepi asal 4 biji gred A )
300 gm tepung roti / tepung gandum ( Ami guna tepung naik sendiri )
2 sudu teh Baking powder ( resepi asal 1 1/2 st )
80gm serbuk badam
40gm kepingan badam ( untuk ditabur di atas adunan kek )
70 ml susu segar ( resepi asal susu cair/ ideal)
300 rm isi durian

Caranya :
1. Panaskan oven 175'C ( Ami cuma guna 155'C - Mat gebu pun ada pesan ikut oven masing²). Lencer loaf 3"x8"x3" dgn mentega dan dasarnya kertas minyak ( Ami guna bekas seperti dalam gambar di atas..senang, pakai buang je.. cepat masak pulak tu )

2. Putar gula dan mentega hingga gebu atau bertukar warna, masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga kembang. Jarak waktu untuk satu biji ialah seminit. Masukkan isi durian dan putar sebati.

3. Perlahankan speed masukkan tepung, serbuk badam berselang seli dengan susu segar. Ulang sehingga habis. putar sehingga rata dan sebati.

4. Tuang ke dalam loyang atau acuan ( Ami dapat 3 bekas seperti di atas ). Atburkan badam keping atas adunan dan bakar 50 minit atau sehingga masak ( Ami cuma ambil masa 45 minit sahaja) Biar sejuk atas jaringan sebelum hidang.. selamat mencuba. Harapnya Mat Gebu tak marah Ami yer. Dan Ami mengucapkan bannnyakkkk terima kasih sebab sudi berkongsi resepi. :-)


~ Ami ~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA