Sunday, June 3, 2012

OVEREATING ..

Assalamualaikum..
Harini 03.06.2012 aku lalui dengan penuh kekenyangan. Bermula dari tengahari semalam sampailah ke petang ni..Kenduri, kenduri, kenduri. Kahwin,Bertunang, kesyukuran, tahlil, akikah dan macam-macam kenduri. Tak pergi kang kata aku sombong, tak makan kang kata aku tak sudi.. last perut buncit macam ikan buntal.. Erp! Alhamdulillah.

Tiba- tiba keinsafan aku datang . Kepada mereka yang miskin, hidup dalam kesusahan, kebuluran. Apalah nasib mereka. Dan kenapalah Tuhan membezakan kehidupan manusia seperti ini...hanya Allah yang tahu rahsiaNya.

 Bayangkan kita makan makanan seperti ini setiap hari sedang mereka menjamah nasi putih dan air kosong sahaja. Semalam hari Sabtu, Aku ada 6 kenduri.  Tapi aku sempat pergi 5 buah rumah je. Maaflah dah tak sempat...dan tak larat nak jalann dah, perut pun dah sendat. Itu pun aku tak makan nasi kesemua rumah. Dalam pada tak makan nasi pun ada lagi makanan lain yang boleh disapa..amboi Malaysiaku, Perak Aman Jaya..kih kih
Ada Laksa

Capati

Bubur Gandum

Bubur pulut Hitam

Mee Rebus
Satay
Cendol
Rojak
Kueh Mueh
Buah - Buahan

Ya Allah Ya Tuhanku, banyakkan..itu antara je.. yang aku senarai tu memang hidangan kesukaan tuan rumah kenduri. Tak larat atau selera nak makan nasik, disuruhnya kita makan buboq, tak pun kueh..aiii kalau tak larat jugak buah pun ada..boleh cuci-cuci mulut kununya.. Allah hu Akbar.. mewahnya makanan... dah tu dalam tak larat tu ada lagi menu yang tak boleh aku tinggalkan ( memang buruk lantak lah kau Amy he he ) iaitu..jeng jeng jeng...

Yeaaaa.. this one.. memang aku suka! boleh la 'gang' ngan anak - anak aku.
tapi encik hubby aku suka yang ni...
Tada.. teh tarik !!
Aku pun suka,tapi tak boleh minum sangat sebab dia ada 'angin' betui ke?..
Hai..letihnya cerita bab makan kenduri kan! belum habis lagi tau..ada lagi.. sebelum balik kita akan dapat ni...
Door gift !
Memacam la bentuknya kan..

Syukur menjadi rakyat Malaysia hari ini. Esoklusa belum tau lagi ya sebab ramai yang berlumba-lumba menjual negara sendiri..ewah! berpolitikus pulak aku barang sepotong ayat.(semoga ada yang mengetahui dan menyedarinya)
Dalam pada itu, berhati-hatilah ( wahai Amy) jangan makan terlalu banyak. Semuanya manis dan berminyak. Pulanglah ke pangkal jalan Amy..ha ha ha ha ( aku nasihat diri sendiri ). Kasihan pada mereka yang kelaparan, bukan hanya setakat gambar no. 2 di atas ya, di Malaysia ni pun masih ramai yang kebuluran dan kemiskinan. Kasihan mereka.

Apa Amy Buat Hari Ni yer?.
Apa- apa yang datang dari entry aku hari ini yang boleh dijadikan panduan ambillah..simpan, copy..aku tak kisah asalkan boleh dimanfaatkan. Selesai makan kenduri rasanya aku nak balik semula kepangkuan dia ni.. Insaf dah hu hu..

Herbalife!!
ini makanan sihat dan seimbang. Baik untuk semua lapisan masyarakat! Amboi ! aku buat promosi ye. Kalau korang dah tak tahu nak diet macam mana ( nak diet apa kebenda kan, penuh mata dengan hidangan mewah) maka ambiklah satu atau dua shake setiap hari..  Setiap meal/hidangan penuh dengan nutrisi lengkap. Ia boleh mengawal tekanan darah, paras glukos, keseimbangan asid dan sebagainya. InsyaAllah dengan iziNya.

Habis la entry kali ni.. semoga yang baik itu boleh dijadikan panduan, Aku berkongsi pendapat sahaja. Selamat Malam !

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA