Sunday, October 7, 2012

MELAYAN ANAK-ANAK SAUDARA

Salam Petang Sabtu 
06 Oktober, 2012
Harini kena tinggal dik encik suami..ber- reunionlah pulak dia.. biarlah sesekali nak berjimba kan? apa salahnya, asyik kerja-kerja-kerja..rasa sekali nak je hantar bantal ngan selimut ke opis dia hmm..gila-kerja sungguh!. Jadi aku yang kena tinggai ngan anak² ni nak buat apa yer... banyak kerja nak buat sebenarnya tapi kesian pulak bebudak.. kebetulan ada dua orang anak sedara dihantar babahnya..
Lepas makan dan solat aku pun bersiap..melangkah dengan 4 orang kanak² bersama S60 kesayangan aku ..yeeha..acara menghabiskan duit kih kih kih...



Pertama sekali mestilah ke Taiping Sentral.. Tempat wajib kekanak ni.. merayau, main game..eee.. aku?..hmm apa lagi merayau samalah.. tapi aku jalan sengsorang..sukanya-sukanya..takdak nak kena tunggu sesiapa...Aku kalau bosan memang pergi shopping ( lazimnya bagi perempuan kapitalis kan? ewah) tapi sejak dua menjak ni aku jarang bosan atau boring.. banyak kerja la nak buat..banyak hobi pun kan kan kan..

 elepas merayau-rayau macam kutu rayau di zaman remaja aku tahun 1990-an makan hendak berangkat pulang.."Angah pergi  Zoo nak??".. pulak!..meleret ke Zoo la pulak.. aku tido je atas train tu..maleh dah nak nengok binatang, aku rasa binatang pun maleh gak nak tengok aku, layan je anak² n anak saudara. 


Kena naik train ni..sebab dah lewat petang (5.40 pm) ... nak tutup dah Zoo..  Night Safari akan bermula jam 8.00 malam

  Apa yang menarik.. SIGN BOARD ! he he..bongok sungguh..penat Dr.Kevin letak binatang aku tertarik dengan sign board, ada ke patut.. !!! patut-patut, sebab sign board baru lebih menarik dan mudah difahami.

Jom balik!
"singgah kedai tayar kejap ye, angah nak check angin kereta"... tiba... tiba...
Ikan Mukriz macam ni : Gambar ehsan google..
ternampak pulak ikan laga...
 kat kedai tayar ada jual ikan laga?????.. "menangguk di air yang keruh" betui tokey kedai tayar ni.. mentang la aku suh dia buh 'angin' free...
Tergedik² si Mukriz nakkan ikan laga..Aiman pun nak, Irsyad buat dono je.. tapi biasala si bucuk aku tu.. memang tunjuk 'taknak' tapi nak.. maka di belikan lah ikan laga.. cantik sungguh!!
Balik umah..letihnye... sepetang melayan kerenah anak n anak saudara.. takpalah sekali-sekala...

~angah ami~
♥♥









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA