Monday, October 1, 2012

KEK UNTUK NATASYA FARHANA

Salam Pagi Isnin....
Tak ada perkara yang paling aku suka buat selain dari membuatkan  orang lain tersenyum gembira. Dengan kata lain "Aku gembira melihat orang lain bahagia". Sebagai insan yang serba kekurangan, apalah yang aku ada..
Dengan sedikit pemberian, harapnya Tasya gembiralah ye..

Kek : Ombak Rindu kah kah kah Topping coklat 'ganas' 01.10.2012
Kek harini simple je...main² warna skit.. sukalah kan.. rasa macam kek marble..tapi bila dah letak coklat...mmm mmmm.. sabor-je-le yer..
Gambor kat atas tu adalah yang edisi makan-dengan-kengkawan. Yang Tasya punya..entah bagaimana coraknya, tunggu Fara upload hmm hmm.. Kepada kengkawan yang tak sempat nak merasa, harap maaf yer..lean kali ok..??!!!

Selamat hari Lahir Tasya. Semoga tenang menghadapi PMR tahun ni..dan memperoleh keputusan yang cemerlang!!...

Owh! resepi..???
tunggu Fara upload gambor dulu yer..

~AMI~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA