Sunday, October 28, 2012

Basikal oh! Basikal

Owh! Basikal...
Bebudak suka basikal kan?.. Seingat aku kecik-kecik dulu kat kampung pun memang suka berbasikal. Habis satu kampung aku sukat. Tak cukup kampung sendiri, sukat kg sebelah pulak.
Namun atas peredaran masa dan teknologi yang melanda aku dah tak hirau dengan basikal lagi dah. Bila menganjak ke alam remaja kenai motor pulak, dah jadi minah rempit pulakkk..haduii kesian mak-ayah aku.. mesti penin ngan aku kan.. kesiannnn mak hu huhu.. 
pastu dah kawin encik suami bagi kereta pulak..lagilah lupa terus kat basikal.. sehinggalah ada anak sendiri. Hero pulak tu dua orang..maka jadinya akulah seorang permaisuri dalam rumah ni.. 
dan seperti dahulu kala di mana aku membesar dengan anak² saudara lelaki, maka perangai pun tak ubah macam lelaki kan? dan sekarang berulang lagi sejarah itu, hidup dikelilingi lelaki lagi...maka jadilah balik perangai lelaki itu..kui kui kui..

Seronok bukan main dapat basikal baru..

Kata seorang tokoh basikal, hambik kau tokoh basikal dapat gelaran ki ki ki : iaitu Dato' Hasan Nawawi (Yang berpengalaman berbasikal mengelilingi dunia (4 Januari 2001- 27 Januari 2002) ;
1) "Berkayuh basikal menguatkan otot-otot terutama, kaki, betis, paha, lengan dan menggempalkan badan." 
2) "Berbasikal ialah cara exercise murah yang tidak perlu kepada perbelanjaan yang mahal dan tidak perlu kepada tempat khusus, bila-bila boleh dilakukan, asal ada ruang dan jalan" 
3) "Dengan berbasikal dapat menjaga badan, mengelak dari darah tinggi dan kolesterol," 
4) "Dengan mengamalkan berbasikal, kita tidak perlu menyediakan peruntukan kewangan untuk membeli ubat bagi mengelak dari kegemukan dan berbagai penyakit. Tubuh kita normal sihat dan slim secara asli," 
5) Orang yang berbasikal tak nyanyuk!..emm mungkin ada kebenarannya. Ayah aku pun kuat berbasikal. Skg walaupun berusia 83 tahun dan keadaan sedikit uzur tapi otak memang 'A' tak nyanyuk langsung !!

Hmm.. tak sabar nak tunggu basikal sendiri nih !...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA