Thursday, October 25, 2012

Barbiedoll Cake 25 Okt, 2012

Salam Aidil Adha..Raya Korban ...
walaupun tiada lembu atau kambing yang dikorbankan, insyaAllah masih banyak perkara lain yang boleh dikorbankan. Mudahan segala pengorbanan yang kita lakukan tidak menjadi sesuatu yang sia-sia. Kalaupun sia-sia di mata-hati orang lain, setidaknya ia bermanfaat kepada diri kita sendiri..

Sebelum aku merapu dengan lebih banyak lagi, moh tengok kek aku hari ni..

chocolate cake
 Hari ni aku masak n deco kek tempahan Nurul dan Shahrul. comel je barbiedoll cake kali ni, taklah besaq gedabaq dan boleh makan sekampung. 
Tetiba aku mengantuk, penat la hari ni..sesak kepala, banyak kerja belum selesai. Rasa macam nak kerat 8 je badan aku ni..tak terbuat susunan kerja dan hobi yang bertindih²
bukan penat hari ni je aku rasa, mungkin kepenatan tu disebabkan kerja² hari yang sudah². Kerja, Koir, Badminton, bola, masak kek,kelas ♫ Muzik ♫ kerja rumah, anak², ayah, menjahit..mana satu nak buat niiii...
Bagus ke kalau kita sibuk. Aku memang suka buat banyak kerja, supaya masa tidak terluang begitu saja. Yang paling penting hati aku tidak sunyi dan jiwa aku tidak bosan dalam kelangsungan hidup ini.
Sesungguhnya, janganlah kalian bosan dengan kehidupan.. terimalah apapun peristiwa dengan hati yang tabah, itulah anugerah Allah pada kita. Kita cuma mampu merancang, Allah juga merancang..tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Kekadang apa yang kita suka itulah yang tidak baik untuk kita, begitulah sebaliknya..
Redha itu bersyukur. Bersyukur itu menghargai..

Arghh ngantuk-ngantuk... tak boleh fikir dah...aku krohh dulu la ek.. jumpa entry esok!..
~bye~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA