Sunday, September 2, 2012

Asah Bakat..

Salam 15 Syawal 1433 Hijrah..
beraya sakan yer..hamboi jenuhnya makanan. Macam mana nak diet ni huhu...tak pergi kang kecik ati, pergi tak makan pun kang kecik ati jugak..makan skit-skit-skit.. lelama bon-cit jugak laa perut aku ni..haduiii..Walau bagaimanapun syukur alhamdulillah atas nikmat Tuhan ini.. bila orang jemput kita makna orang masih mengingati dan menghargai kita kan?

Entry hari ni bukan nak cerita pasai jamuan raya, semua orang pun cerita 'rumah terbuka' juga kan..semua menu lebih kurang sama je la kan, kut pun ada lah kelainan lebih dan kurang garam, gula serta ajinomoto hehe.. takde la pulak aku tengok orang buat 'open house' hidangkan 'HERBALIFE' takpun 'ALPHA-LIPID' takpun lempeng kelapa..cokodok pisang..takde kan takde kan?.. he he aku bergurau je..

Hari ni aku nak cerita baju raya aku dah siap yeaaaa...jahit sendiri beb, lamaaa dah tak menjahit hampir 11 tahun lamanya, umur si anak yang pertama tu, aku dah berhenti jahit baju kurung. So di bulan Ramadhan hari tu kununnya nak buat sendiri..tapi penyudahnya 15 Syawal baru siap akekeke..baru betui yer ..dinamakan 'Baju-raya' sebab siap pada bulan raya..semua proses jahitan adalah manual..tidak menggunakan mesin jahit..Tradisionallah sangatt ewah!!

Part 1
Setelah dipotong kain yang aku beli sebanyak 2.5 meter, ini le hasilnya. Tak ada dasar atau contoh atau tali tape. Aku buat ukuruan TIDAK menggunakan skala. Bedal je..ambik contoh baju yang lama, letak atas kain tu zap! zap! potong he he..apakah nak dinamakan gerakerja aku ni yer? rajin+malas atau malas+ rajin..kah kah kah..so kalau tanya aku brapa ukuran baju ni, sumpah aku tak tau nak cerita!..

Part 2
Selesai menggunting bahagian² badan, perkara kedua aku buat ialah menebuk leher ( part ni yang aku ketaq lutuit ni ) kemudian jahit 'tulang belut' (kakak aku di Kelantan yang ajar jahit ni kira - kira 21 tahun yang lalu, alhamdulillah masih ingat lagi ...hu hu..miss u kak!). Aku tak tau kenapa orang panggil tulang belut..Jahitan ni untuk mengelak bulu kain terkeluar dan kelihatan kemas di leher baju. Ada pelbagai corak tulang belut, karipaf ada, bunga mawar ada. Tapi aku ingat yang ni je..aku panggil jahitan Gunung Kinabalu.. suka ati aku je letak namakan..?


Part 3
Dah habis jahit tulang belut maka sessi mencantum bahagian yang dipotong pun bermula..aku buat cara lama tau, orang kampung aku panggil 'jahit sembat'. Apa maksud dia aku tak tau, tapi baju ni tak di hantar ke kedai untuk 'jahit tepi'. 'Sembat' tu adalah proses menyorok/menyimpan bulu² kain, supaya ia kelihatan kemas..


Part 4
yeaa dah siap cantum.. baju kurung pahang kununya...atau baju pesak gantung ( mana satu betui ek? ) setelah siap rasa nak jahit manik..elok la pulak jari kena operationnnn.... maka terbengkalailah baju itu dipergantungan. Setelah syawal berlalu beberapa hari... tiba hari semalam, sempatlah aku jahitkan manik sebagai pemanis baju yang kosong ini..






Penyudah!

Hmm..siap 'dimaniskan'..hehe 
Itulah saja ceritanya..

~Ami~
02 September, 2012




2 comments:

  1. Salam..smy ambk ipsh c jahit baju kurung jahit thn ni? a.noor07@gmail.com

    ReplyDelete
  2. sori lama tak bukak blog n update.. ambik upah?hehe nak siap baju sendiri pun susah, makan tahun jugak ni bercinta-cinta. minta maaf ye :-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA