Monday, September 10, 2012

Aidilfitri di Jabatan Imigresen Taiping

Aku ni malas sebenarnya nak upload gambor kek kat blog ni.. dah berhari- hari aku cuba upload, internet punya la slow..hangin sungguh..
hmm jom la nengok kek yang tak sepertinya ini

Kek coklat moist cream cheese layer
3.5 kg
fresh cream

Masa nak buat kek ni berangan² nak letak fresh cream dan strawberry paste kat dalam dia. Penyudahnya tak sempat, yang ada dalam frezz cuma cream cheese je..so aku pun lapiskan ditengahnya dengan cream cheese.
Masa nak icingkan dia dah mengantuk sangat. Aku ingat tido dulu la mengikut cadangan kawan², set jam pukui 5 pagi tapi aku bagun 6.50 pagi kah kahkah..Maka aku pun pergi kerja dulu, balik tengahari sambung buat bunga rose tu.. makhai bukan aku tak tahu tengahari panas dan cream cepat cair. tapi dah terpaksa buat, pukul 2.30 nak hantar jadi nak tak nak kena la memendam rasa yang bagai hendak menangis itu hu hu hu..
Hasilnya adalah seperti 'tak sepertinya' lah tu ha..tak sempat nak kira² dah berapa kuntum.. buat je campak, buat je campak..cream sedang meleleh..arghhh tidakkkkk

~Ami~



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA