Tuesday, July 1, 2014

Nostalgia Cucur Udang Mak Teh

Ramadhan datang lagi.. gembira rasa hati.. dapat berpuasa bersama suami dan anak2. Dalam kegembiraan itu hati terkenang jua akan arwah mak.. tiada lagi air tangan mak untuk iftar.. Allah hu Akbar.. Tuhan lebih sayangkan mak.. al fatihah untuk mak dan pak juga abg jak.. dan oleh kerana kenangan ramadhan itu menggamit.. aku buatkan untuk anak dan suami .. Cucur Udang Mak Teh... jadik la.. sama mcm mak buat... alhamdulillah..
Aku namakan cucur udang mak teh.. sebab arwah mak aku orang panggil dia Teh .. Bahannya 300 gm udang basah 1 cwn tepung gandum 100 gm Kucai ( aku agak je sebenarnya hehe.. letakla byk mana pun takdak hai aih ..tapi jgn la se kilo pulak kan) 200 gm taugeh 1 labu bawang besar 5 ulas bawang merah 1 sudu besar air kapur 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil garam 2 sudu kecil gula Caranya.. 1. Bersihkan udang. Buang segala kulit.kaki ekor dan janggut dia. Gaulkan dgn sedikit garam. Letak 3 sudu besar air dan rebus sekejap. Bila nampak udang dah masak kesemuanya tutup api dan ketepikan. 2. Potong kucai dan hiris bawang. 3. Satukan kucai, bawang, taugeh dalam satu bekas. Masukkan tepung, garam dan gula. Gaulkan tepung dan bahan tersebut. Jangan masukkan air. 4. Bila tepung dan rata dgn kucai dan taugeh serta bawang masukkan udang yg direbus tadi. 5. Masukkan air kapur dan 3 sudu besar air panas. Biarkan 15 minit. 6. Panaskan kuali dan goreng le..sampai garing. 7. Toskan minyak dan ngap le tunggu apa lagi.. untus sos yang pedas masam manis Bahannya : 2 sudu besar pes cili kering / cili boh pun boleh je 3 ulas bawang putih.. 2 sudu besar cuka makan garam gula msg (kalao suka la ) 2 sedu besar minyak utk menumis 1/2 cwn air Caranya; Panaskan kuali dan minyak. tumis bawang putih. Bila dah garing masukkan cuka. Awas anda akan bersin "haccumm!" Hehe.. kemudian masukkan pes cili. Kacau2 le sampai garing. Masukkan air, garam dan gula.. biar mendidih dan sebati.. dah sizp boleh la cicah dgn cucuq udang tadi.. selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA