Saturday, May 31, 2014

Salam pagi ahad yang ceria. Alhamdulillah hidup saya tiada kebosanan..tidak juga gembira keterlaluan..setiap detik in sya Allah akan terisi..Tuhan kurniakan kesihatan yang baik..juga keluarga yang baik.. persekitaran yang baik. Walaupun ada yang mengguris hati saya..saya anggap itu ujian Allah untuk saya..in sya Allah Tuhan itu Maha mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya.
Entry saya pagi ni tak lah hebat sangat..resepi ini pun saya ambik dari internet juga.. terima kasih kpd #cekelatDaim ..resepi ni mmg sedap. Walau bagaimanapun biasa la saya kan.. selalu buat penderhakaan hehe .. jom ! Layan resepi..

Bahan:

Sediakan pengukus dan masaklah air di dalamnya terlebih dulu..

Dalam loyang 9",cairkan 2 sudu besar gula.. atas api yg sederhana(saya letak 4..hehe derhaka). Ratakan permukaan loyang. Sejukkan.

KARAMEL
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
3 biji kuning telur
Sedikit esen vanila
Putar sampai sebati. Tuang dlm loyang yg berisi gula hangus tadi dan kukus 20 minit.

KEK COKLAT
1 cwn susu pekat( sy letak 1/2 je tu pun lidah sy rasa manis sangat)
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1 cwn gula
1 cwn serbuk koko
Semua bhn ini masukkan dlm periuk dan kacau sebati atas api yg perlahan 3-4 minit.

4 biji telur diblend.

1 cwn tepung gandum diayak bersama 1 sk sodabokarbonat dan 1 sk baking powder ( sy mls nk ayak sy letak 1 cwn tepung naik sendiri muahaha)..

Selepas itu masukkan bhn yg tepung ke dlm coklat selang seli dgn telur. Kacau sebati dan tuang ke atas karamel tadi..(awas! Tuang guna senduk ye..perlahan2 kang rosak karamel tu) dan kukus selama 40 minit..

Selamat mencuba..!




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA