Friday, August 31, 2012

TEMBIKAI

01 September, 2012
Salam pagi Sabtu..
Harini santai kat rumah, tunggu encik suami membuat rak dapur ( rajin sugguh dia :- terima kasih encik suami.. i lap u he hehe )
sementara duk tunggu tu ada abg ipar kesayangan aku datang hantar tembikai kuning.. 
macam terlebih rajin pulak hari ni kan..
ini le hasilnya.
cadangnya nak mengukir-ngukir kulit tembikai ni tau.. tapi dah encik suami menguasi dapur ... duk 'treeeet' treeet' maka buat free-hand je le..cari pisau pengukir pun tak jumpa dah..
Air tembikai !!!!!...mmm  ...
kena pulak cuaca panas canggini kan fuhhh!..rasanya si air tembikai tu takkan bertahan lama kat dalam peti ais..hmmm..

Bukan cerita tembikai ini yang merajinkan aku menulis di blog kali ini. Tetapi tentang tuan yang menghantar tembikai itu. Ingat jugak dia kat aku... itu yang buat aku terharu. Dalam senang, dalam susah dia tak lupa aku sejak dua menjak ini.  Rasa macam dia sayang kat aku walaupun dia tak pernah menyebutnya.

Bukan macam sesetengah orang, datang jumpa aku masa susah je.. masa dah senang lupa kat aku, aku telefon taknak pick-up, mesej tak jawab... sedih ooo.. bukan mengungkit, tapi rasa hati yang sedikit kesedihan... Arghhh! jangan sedih!. Kata orang :- manusia kuat takkan bersedih, dia hanya akan bersyukur!..

 ~Ami~


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA