Saturday, August 11, 2012

Kek Marble Cheese Alunan Kasih

Salam Penghujung Ramadhan.
Hehe..memang dah janji tak nak masak kek atau biskut..tetapi hati ini memanggil-manggil. Masak juga walaupun tangan terpaksa dibalut dengan plastik.. Rasa nak makan kek la... Jangan marah Ami yer, sebab menayang kek di bulan puasa ni.. tak terniat nak menunjuk², siapalah Ami ni kan..cuma rasa ingin berkongsi. Kalau korang pergi belajar pun rasanya dikenakan bayaran minima RM80 untuk tengokkkk je bukan 'hands-on' pun ..jadi korang tengokkk je la kat sini sebab dengan berbesar hatinya Ami sanggup berkongsi resepi dan tips² yang diajar di dalam kelas..


Tada.. kek dah masak.. Kek ni resepi asal dia dari Chef Zubaidah. Marble Coklat kek. Tapi Ami teringin nak cuba Alunan Kasih punya design.. so Ami derhakakanlah resepi Chef Zubaidah tu kan.. lepas tu derhaka lagi Ami letak Cream Cheese kasi yummi lagi..mmmph!


Tak sah la buat kerja kalau tak 'main' kan...?? itu la Ami..suka main-main buat kerja.. tak best la ikut peraturan, tak ada trill..he he ( terbongkar rahsia budak nakal kat skull dulu kan..he he.. memang tak ada feel la kalau buat kerja ikut peraturan tah kenapa la...kan! )

Ini setelah dipotong kecil... tak sabar nak tunggu berbuka puasa. Pada kejirananku... sabar jugak ok..kejap lagi kek ini akan menyusul ke rumah korang yang sentiasa berbaik dengan ku..ewah!. Kata orang, jiranlah saudara kita yang terdekat.. Ami akuinya...


Wah !.. meleleh ni yang Ami tak sabar ni... selamat menjamu mata ye..pada kalian yang nak cuba dengan berbesar hati Ami letakkan resepinya..

MARBLE CHEESE ALUNAN KASIH
Bahan²nya :
250 gm tepung naik sendiri
200 gm gula castor
6 biji telur gred B ( Ami guna 4 biji telur gred A )
1 sb Ovalette
1 sk baking powder
1 sudu besar susu pekat manis ( Ami guna creamer manis )
50 gm air
175 gm butter dicairkan / minyak jangung
1 sb coklat emalco ( Ami guna 3 warna, pandan emalco, strawberry emalco dan pewarna kuning )
sebuk koko

Caranya :-
Pukul semua bahan kecuali butter yang dicairkan
Dah pekat masukkan butter yang dicairkan
Asing kepada 3 warna
masukkan ke dalam loyang berukuran 8"x8" inci
apabila selesai satu lapisan, guna penapis kecil dan ayakkan serbuk koko diatasnya
Kemudian masukkan adunan yang berwarna seterusnya
Dan ayakkan serbuk koko lagi
Ulang sehingga adunan habis
Bakar pada suhu 150'c selama 50 minit
Sejukkan
letak topping cream cheese

Bahan untuk topping :-
250 gm cream cheese
50 gm gula icing
1 biji telur
20 gm butter
1/2 st asen vanilla

caranya:-
cream cheese dibiarkan dahulu pada suhu bilik
Putar cream cheese dengan gula dan butter sehingga berkrim
masukkan  telur dan asen vanilla ( cecari tak ada pun tadi, so Ami tak letak punAsen Vanilla he he )
dah siap putak letak le atas kek yang dah sejuk tadi. 
Untuk melorek supaya nampak bercorak, ambil sedikit cream cheese dan letak sedikit pewarna emalco pilihan. sebatikan dan letang bertompok² dan lorekkan dengan menggunakan lidi
bakar dalam oven selama 5 minit..kalau belum masak bakar lagi sekejap je. kalau di tekan sedikit paa permukaan cream cheese tu, dia tak melekat di jari tandanya dah masak dan boleh kelurkan dari oven.

SELAMAT MENCUBA..

Nota : - letak dalam freez dulu kek tu..mmm lagi cedappp he he




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA