Saturday, July 28, 2012

Pengalaman Bertarawih ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Jangan le pelik pulaknya, apa mimpi aku bercerita pasal tarawih pulak kat blog kek ni kan.. sebenarnya aku memang malas dah la nak memasak kek kecuali le ada request dari anak-anak, suami atau sahabat-handai yang terdekat, sesaja aku nak buat promosi memenatkan diri menghulur 'name-card' merata alam "idok le teman'..

Dalam bulan BUKAN BULAN RAMADHAN aktiviti harian aku semakin padat. Aku mintak maaf kalau aku selalu tolak permintaan korang untuk 'meng-order' kek atau cup kek yer ( lagi le aku tak dan nak menatap sebiji - sebiji kecik kenit tu hu hu). Setiap hari, aku bertugas macam macam biasa dari jam 8 pagi hingga 5.00 petang. Lepas pejabat ada game badminton, kalau tak ada game aku ke kelas muzik main keyboard dengan anak. pastu bila la aku nak menatap kek bagai ni yer..

Di bulan Ramadhan, aktiviti petang aku hentikan, lepas waktu kerja memasak la pulak. Suka nengok anak² dan suami makan masakan aku..Dan malamnya aku ke surau... Semua sekali, tiada pengecualian ..

Dulu, ke surau juga ikut arwah mak, tapi dulu macam ada sedikit keterpaksaan. Apatah lagi aku rimas dengan mata-mata yang memandang, mulut² makcik² yang bertanya itu ini hal peribadi aku..Rimas weh.. (nak buat ibadat ke nak tau hal orang memakcik ni..?? ngerr)

Bila bersuami ( alhamdulillah suami pun rajin bertarawih di Masjid dan surau ) aku pun ikut ke surau.. Setahun demi setahun ada pelbagai kerenah aku BERSURAU dan BERTARAWIH.. suka aku nak berkongsi pengalaman pahit manis.. mula cerita yang manis dulu la kan?.. tak gitu??..

Paling manis ialah hari semalam. Puasa ke 8 Ramadhan 1433 aku ke surau seperti biasa .. terlewat skit sembahyang Maghrib sebenarnya..kalut le bertelekung terus naik Trooper kesayangan suami aku..ke surau yang "dekat tet" je tu pun.. mana nak dan jalan kaki dah dekat nak Isyak dah ni.. bila sampai sempat le juga berjemaah. Selang masa menunggu permolaan solat tarawih, seorang jemaah di sebelah aku menyapa, " Akak belajar lagi ke?" "Hmm belajar?? ( ada macam muka pelajar ke aku ni?? ) " takde akak dah kerja" jawab aku "kenapa??" "owh! ingat akak belajar kat mana², kerja kat mana??" ( makhai sessi soaljawab bermula dah ke) aku pun jawab le seikhlas mungkin... ada lagi soalan "kak ni umur berapa, 25 ada??" makhai soalan apa ni ada ke 25 dia kredit kat aku "tak la dik akak dah tua la..kalau hari dah dekat nak senja tapi belum la Maghrib he he" pot pet pot pet sampai habis tarawih. Aku jarang bersembang dalam surau, habis sangat aku senyum balik aku salam. Tapi semalam terpot pet le pulak dengan budak UIA ni.. habis solat kira aku nak chaw dah..dia salam peluk dan cium aku..aduh! rasa syahdunya kenapakah perempuan  seorang ini berkelakuan sedemian rupa....( masih berfikir sampai sekarang )

Pengalaman lain, mmm memang macam pahit skitlakan. Sebab antara penduduk Malaysia, aku ni mungkin golongan yang TERLEBIH SUKAT... Tinggi sangat ke aku... mmm..kalau pakai kasut bertumit 2 1/2 inci memang le aku dah mencapai 6 kaki... tinggi ke..Aku bukan tinggi la, penduduk Malaysia yang lain tu yang rendah he he he... Tapi hakikatnya itu le yang membawa masalah kepada aku..nak nyorok pun susah.. kecik² dulu main nyorok² mesti aku dijumpai terdahulu...

Semalam.. aku duduk saf ke 2, depan aku ada seorang 'cik kak'. Dalam hati aku berkata ( makhai bontottt ..ni kalau hempap kepala aku naya ni..) memang le aku dah kena hempap malam ke 3 Ramadhan.. hadui.. sabo sabo..rupanya si lebor ni, kakak sebelah umah aku he he he .."tak guna hang, mengata kat aku no??" kah kah kah, cik kak tu gelak kat aku "tu la hang, sapa suruh terlebih sukat"... eh..sukatan aku pulak yang dipersalahkan.. Maka aku akan lebih berhati-hati dalam berjemaah lain kali insyAllah.. 

Begitulah antara pengalaman aku bertarawih.. tersepit kaki..terkena punggung orang depan dan ada jugak yang tersekat kat dinding. Tapi paling menyedihkan pada satu Ramadhan yang lain, aku bertarawih di kampung kelahiran suami aku.. (ikut mak mentua la ni) adus.. hati dah berkata² memulanya..berdoa agar tiada pengalaman pahit bertarawih.. tetapi apa yang aku risaukan terjadi juga... mana tidaknya..bila aku sampai ke Masjid tu..aku boleh tengok semua jemaah lelaki..tak ke harubiru perut aku..hu hu hu. Nak tahu kenapa.. ??.. kain penghadang antara lelaki dan perempuan tu la,... diaorang buat rendah..setakat telinga aku je... apa ke punya 'Ghapla' tuk siak ni.. Aku tengok mak mentua aku, mak mentua aku tengok aku.. dia sengeh pulak tu.. "jadi artis la hang malam ni Amy" peh siap mak usik aku lagi.. ( dalam hati rasa nak balik je wawawa..sampai hati makkkk).. "takpa nyorok sebelah mak"..nyorok pekebenda mak oii.. memang malam tu sembahyang tarawih  macam patung, tak toleh kiri kanan dah ..hu hu hu Pesanan kepada sekelian alam para tuk siak.. buat le elok² pemisah lelaki dan perempuan yer hu hu hu..

Itu le serba sedikit pengalaman aku. Aku rasa korang pun ada pengalaman berjemaah di Masjid dan surau kan?.. Namun, apapun pengalaman dan cabaran tidak akan mematahkan semangat aku untuk berjemaah, kecualilah aku sakit. Sebab itu aku akan sentiasa mendoakan kesihatan untuk diriku, keluargaku, saudaraku, sahabat handaiku serta jiran-jiranku. Kerana Kesempurnaan kesihatan sangat bernilai kepada setiap manusia dalam menunaikan ibadah. Kita ini beribadah sentiasa, bekerja, bermain dan sebagainya adalah ibadah sekiranya kita lalukan dengan ikhlas.

Kata seorang ustaz : Ramadhan ini adalah bulan ibadah, jadi sama-samalah kita melipatgandakan usaha dalam menunaikan ibadah kepada Allah. Kurangkanlah bershopping (Aku rasa shopping bukan satu ibadah pada aku la kan) sebab dah tentu ada pembaziran di situ.. Apa lagi la yang korang cari kat tempat² seperti itu..dah tak ada baju nak pakai ke?..Shoppinglah sekadarnya. Anak² pun insyaAllah akan mengikut apa contoh yang kita berikan...takde sapa nak tengok kitalah, kita yang perasan sendiri..he he jangan marah ye.. aku bergurau je. Nak shoping nak merayau, nak bercuti..nak makan-makan dan segalanya..insyaAllah akan boleh dilakukan pada bulan² lain di masa² lain dan di tempat² lain. Tetapi ibadah yang satu, yang semua orang tahu fadhilatnya, hanyalah ada di bulan Ramadhan, iaitu TARAWIH .. maka sekelian rakan-taulan dan sahabat-handai marilah kita sama-sama mengerjakannya.. Ingat satu pesanan lain seorang ustaz " Pada setiap Ramadhan ANDAIKANLAH Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir......."

Aku bukanlah baik sangat, apatah lagi yang terbaik, tapi insyaAllah aku akan berusaha menjadi baik.. sesungguhnya kata seorang ustaz, sesorang yang bersolat itu belum tentu baik, tetapi orang yang baik tentunya bersolat... wallahu a'lam .............

Selamat Berpuasa dan Bertarawih

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA