Sunday, January 1, 2012

Roasted Potatoes


Bahan
3 biji kentang saiz besar - dibersihkan tak perlu buang kulitnya
5 btg sosej direbus dan dicincang
1 biji tomato - dipotong dadu kecil
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk lada hitam
4 sudu besar mayonise
3 keping cheese ( Amy guna "BEQA" smokey BBQ Slices)
Sedikit sos cili thai
Sedikit kicap cair ( Amy guna kicap Thai )
Aluminium Foil

Caranya
1. Kentang dicucuk demgam garfu dibalut dengan aluminium foil dan dibakar dalam oven pada suhu 200'c selama 1 jam.

2. Sementara menunggu kentang masak, sediakan intinya : Daging sosej dicincang di campur dengan lada sulah, lada hitam, kicap cair, tomato dan mayonise. Rasa. Tambah apa yang patut.

3. Kentang masak.Buka sedikit aluminium foil dan belah dua kentang. masukkan cheese yang dicarik² dan masukkan inti.. letak sos cili dan akhirnya atas sekali letak cheese lagi...

4. Bakar sekali lagi sehingga cheese mencair. ( 3 minit )

PETUA DAPUR AMY
Sosej boleh diganti dengan bahan lain seperti sardin, ayam percik, ayam panggang atau daging dengdeng. Makhai sedapnye..

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA