Sunday, January 1, 2012

Sambal Bilis Nik Irsyad



Bahan

1 biji ubi kentang saiz besar
200 gm ikan bilis
15 tangkai cili kering - dikisar
2 labu bawang besar - di kisar
2 ulas bawang merah
seulas bawang putih
sedikit halia
3 biji buah keras - di tumbuk
sekeping asam keping
kiub ikan bilis
garam
gula
Knorr Pasti Sedap
minyak untuk menumis dan menggoreng

Caranya:
1. Ubi kentang dibuang kulitnya dan dipotong sesuka hati. digaul dengan Knorr Pasti sedap dan digoreng sehingga masak. Ketepikan.

2. Rendam seketika ikan bilis ke dalam air. Toskan dan goreng. Ketepikan.

3. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.. dah garing masukkan cili kering yang telah dikisar, kemudian masukkan buah keras..kecilkan api dan renihkan sehingga keluar minyak.

4. Masuukkan bawang besar yang telah di kisar. renihkan sehingga garing. masukkan asam keping, gula, garam dan kiub ikan bilis.

5. Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis.. ngap le..

PETUA DAPUR AMY.
kalau rajin letak kacang tanah yang digoreng laagi sedap.
Sambal ni boleh dimakan dengan nasi putih atau dibuat pau goreng (nanti Amy kasi resepi Pau Goreng ye !! )

AMARAN :
Anak AMY makan nasik 3 kali ( NIK IRSYAD )setiap kali makan bertambah².. ni maleh masak sambal tumis nih ...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA