Monday, October 17, 2011

APAM Polkadot


Salam kawan - kawan... he he..
Hari ni Amy bawak apam polkadot hasil kerjatangan Amy yang pertama ke opis.. Pada yang tak sempat merasa..sorry le yer.. he he next time datang umah Amy ok..kita makan apam polkadot beramai - ramai ..

RESEPINYE..
~~~~~~~~~~

Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji saiz medium )

3 biji telur dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa warna yang disukai
(Amy pilih warna kuning dan pink )


Cara-cara penyediaannya :

1. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.

2. Masukkan bahan2 lain( susu, tepung dan last sekali ovelette. Kemudian, masukkan esen vanilla) dan mix lagi sehingga sebati.

3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian ( atau lebih mengikut bilangan warna yang dikehendaki ),kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.

4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh cup sahaja).

6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).

7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.


PETUA DAPUR AMY

* Untuk mendapatkan permukaan apam licin dan cantik, Amy alas tutup periuk pengukus dengan tuala dapur yang nipis supaya air tidak menitik ke atas apam.

SELAMAT MENCUBA :-)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA