Sunday, September 11, 2011

Strawberry Cheese Tart


Argh... TART MANIA... Semalam aku buat lagi kuih ni... habih semua orang yang ada disekeliling aku, aku paksa diaorang makan. Kejam kan aku..?? Jadi kepada sesiapa yang nak merasa KEKEJAMAN aku kena la selalu duduk dekat-dekat ngan aku tau !.. Ada juga tanya resepi.. jadi dengan besar hatinya aku bagi lah resepinya ya.. senang gila,sambil tengok tv pun boleh membuatnya ..

Bahan yang diperlukan

125 butter / majerin
60 gm gula icing
1 biji telur gred B ( kalau guna gred A, buang sedikit putih telurnya)
sedikit asen Vanilla
240 gm tepung gandum
Acuan Tart

Caranya:
gaul butter bersama gula dengan menggunakan sudip kayu / spatula hingga sebati, masukkan telur dan asen vanilla, gaul lagi, masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul lagi, setelah agak sebati, uli dengan tangan sehingga menjadi doh. Masukkan secubit kedalam acuan ( boleh dapat 35 - 40 biji tart acuan sederhana ) bakar dalam ketuhar 150'c selama 10-15 minit)nyalaan bawah sahaja..

Topping ( CHeese )
250 gm cream cheese .. pastikan ia pada suhu bilik
60 gm gula icing
1 biji telur gred B
Asen Vanilla
20 gm butter

Caranya.
Putar cream chease bersama gula sehingga ia sebati. Masukkan telur dan asen vanila, putar. Masukkan butter dan putar sehingga sebati. kemudian masukkan ia dalam piping bag supaya senang nak topping.

masukkan jem / paste strawberry, blueberry atau apple, kiwi pun sedap... ke dalam cengkerang yang telah disediakan tadi kemudian pipe kan topping cream cheese ke atasnya. Bakar pada suhu 150'c - nyalaan atas dan bawah selama 5 - 10 minit. Rasa dengan jari anda permukaan topping tersebut. kalau masih melekit tanda ia belum masak, bakar lagi selama 2 atau 3 minit... siap! boleh ngap dah !

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA