Tuesday, May 17, 2011

Cotton Jappanese Cheesecake



Untuk Saudara Mara dan Rakan-Rakan Yang Aku Sayangi.. Aku sertakan sekali resepinya.
SELAMAT MENCUBA.

Bahan-bahan ( Sila Guna Loyang 8 inci )

* Bahan A:
* 250g cream cheese
* 50g butter
* 100 ml susu segar (fresh milk)
* 6 biji kuning telur
* 1 sdb jus lemon
* 1/4 sdk garam
* 60g tepung kek / tepung superfine
* 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
* Bahan B:
* 140g gula (gula castor)
* 6 biji putih telur
* 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan. Kemudian, campurkan ke dlm adunan cheese tadi dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul / Mix hingga sebati.
2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Kemudian, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
3. Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu dan kacau sampai sebati. Sediakan bekas/loyang kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm loyang kek.
4. Bakar kek selama sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath, senang jer. Lepas letak adunan dlm dlm loyang kek, balut bwh hgga sparuh tinggi loyang kek dgn aluminunium foil (ni double protection supaya air tak masuk ). Kemudian, letak loyang kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, lebihkurang ½ tinggi loyang kek tu, lepas tu letak dlm oven , kemudian bakar).
5. Selepas sejam membakar, perhatikan bahagian atas kek berwarna keperangan..cucuk dengan lidi di bahagian tengah kek untuk memastikan ia masak. Kalau tak ada adunan yang lekat pada lidi maknanya dah masak le tu..

SELAMAT MENCUBA

UPDATE : 29 SEPTEMBER, 2011

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA