Tuesday, May 17, 2011

Happy Mother's Day


selamat hari ibu, kepada ibu - ibu semua.. Semoga menjadi ibu yang baik, yang bertanggungjawab semoga anak - anak kita tidak tersalah didik... untuk arwah ibu aku yang telah kembali...ibu yang sangat aku rindui...semoga ibu tenang, aman dan damai.. amin!!

rindu dari anaknda ~Azim Surinia~

RESEPI CHEESECAKE

Bahan A
250 g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar
6 biji kuning telur
1 sb jus lemon
1/4 sk garam
60 g tepung naik sendiri
20 g tepung jagung

Bahan B
140 g gula halus
6 biji putih telur
3/4 sk jus lemon

Cara Membuatnya :-

1. Untuk adunan A, cairkan creamcheese+butter + susu segar :- guna kaedah double boil.

2. Panas Avon, masukkan air ke dalam loyang besar ( Amy guna lotang siaz 16")
Kaedah ini dipanggil bain-marie / waterbath. ( suhu 150`c )

3. Siapkan loyang lebih kecil. Amy guna saiz 9 ".

4. Untuk adunan B
Dalambekas lain pukul putih telur sehingga berbuih halus ( foamy ) masukkan gula dan jus lemon, pukul lagi sehingga bertanduk ( soft peak ) kalau di terbalikkan bekas ia tak tumpah..

5. campurkab bahan B ke dalam bahan A. Kacau dengan spatula mengikut satu arah sahaja.

6. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 50 minit atau sehingga masak.
Bila sejuk bolehlah dihiaskan mengikut citarasa anda/ Amy pilih Stoberi sebab rasanya sedikit masam digandingkan dengan rasa manis kek...mmmmm sedapnyer ..ewah !

PETUA DAPUR AMY

Sebelum memulakan acara, siapkan loyang terlebih dulu. Jika dah buat adunan tetiba baru nak terhegeh-hegeh siapkan loyang maka adunan tadi akan mendap dan kek tak jadi gebu

Kedua, putih telur dipukul : - sila pastikan mixer tidak basah atau berair. Tangan juga, jangan sampai ada air yang menikit ke dalam telur putih tu... lepas tu tak ada langsung tercampurnya kuning telur ke dalam putih telur tu... mmm kalau tak tak jadi le foamy..

Ke tiga..masa nak masukkan adunan B ke dalam adunan A tu, kacau sehala je, jangan kacau p balik p balik... penyek le adunan tu.. tak gebu le..


SELAMAT MENCUBA ..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA