Muehehe... tahun baru apalah ye.. dah bulan Julai ..dah setengah tahun... banyak yang aku nak update tapi masa sungguh tak mengizinkan.. tak ada resepi baru yang aku cuba yang nak dikongsi bersama cuma, beberapa perkara mengenai aktiviti dan pengalaman.. mungkin sedikit akan memberi panduan dan pengajaran...
Selesai PRU 13 maka sibuklah para peserta kejohanan sukan tahunan pihak berkuasa tempatan termasuk la aku ni... berlatih setiap hari..lupa dah macam mana nak masak apatah lagi mencuba resepi. Buruk sungguh perangai aku ini ...
Sukan aku cuma badminton.. hidup mati itulah saja yang reti nak main..bukan pandai sangat pun tapi boleh la daripada tak reti langsung.. buat cukup syarat penyertaan.. Tak ada aku kang tak boleh nak bertanding pulak, kan....?
Maka bermulalah episod-episod latihan dan perlawanan persahabatan...
Shikin, Aku, Sharul & Armynul |
Yang ni Perlawanan Persahabatan dengan Majlis Perbandaran Manjung. Tangan aku dah start sakit... aduii..
Hendak tak hendak, bersedia atau tidak 14.06.2013 bertolak ke Tanjong Malim.. ini sebahagian gang aku.. Encik Anas, Encik Musnarizal, Encik Satna Raja, Encik Krishnan , Kak Liza dan aku.. kitaorang berlungguk dalam kereta Encik Anas ni... sangat Happy... maklum la baru nak pergi ... muahahaha..
Shikin n aku |
Acara perbarisan 16 kontingen pihak berkuasa tempatan
Aku dah start rasa gedebuk-gedebak dalam hati.. rama-rama dalam perut pun diammm je.. dalam istilah lain.. 'kecut perut' ni..
team badminton Majlis Perbandaran Taiping..
nilah yang ada pun.. sungguh 'warisan' adanya !
Pulun, punya pulun, sampai ke peringkat suku akhir..babai... aku dah terkehel kepala lutut.. argh ..itulah akibatnya orang tua tak sedar diri macam aku... wakakaka kutuk diri sendiri..baguskan??.. bagus-bagus..!!
sampai balik mai Tepen kena la pergi sepital yer...
Moral of the Story :
Setiap pertandingan perlu ada persediaan. Persediaan mental dan fizikal yang cukup. Mental perlu kuat, pertama apabila bertemu pihak lawan, jangan duk ketaq perut ( nak buat macam mana dah aku 'nebes' ) kedua mental kena kuat bila balik opis kena kutuk !! ( amboi sedap kutuk orang ye, yang korang tu awat tak p main.. tapi ckp dalam hati je la kan..lantak korang la nak kata apa pun .. kalau aku tak bagus, korang had kutuk tu lagi la.. tak bagus langsung-langsung !! )
Hari-ke hari keadaam fizikal semakin pulih. In syaa Allah lepas raya boleh sambung main badminton semula.. dah rindu pada GANG KAMPUNG JAMBU terutama cikgu azizah, cikgu ch'ng, cikgu Young, kak Azmah dan kak Sharifah.. rindunya..
Sukan ini adalah satu aktiviti kegemaran aku. Walau ada suara sumbang di hujung² telinga. Tapi aku tak kisah.. Aku bermain bukan kerana 'nak dapat T-shirt percuma' tapi aku bermain untuk diri sendiri. Biar patah-riuk, biar tak ada siapa nak menghargai.. asalkan aku happy dengan diri aku sendiri.. in sya Allah aku akan bermain selagi terdaya.. biar sampai tua..walaupun tak sampai hujung nyawa..wakakaka..
No comments:
Post a Comment