Assalamualaikum wbt...
Terima kasih kerana masih sudi singgah di blog Amy...
Mood baik skit hari ni, terasa nak update blog..muehehe
Amy dah jarang sangat memasak sejak dua menjak ni, terutama dah masuk Ramadhan.. bukan Amy malas tau, tapi encik suami kata, tahun ni kita berjimat, kita berusaha supaya lebih menghayati Ramadhan.. ewah!
Pak Samad ( jiran Amy) pun marah kenapa membazir di bulan Ramadhan.. di surau banyakkkkk makanan katanya. Amy malu la sebenarnya.. dalam hati berandaian kat surau tu ada orang tua-tua je.. Amy rimas nanti orang suka tanya itu ini... mampu jawab tak apa... kena soalan cepumas... isk ! malulah..
Tapi tahun ni cuba-cuba berjinak dengan surau ( sebelum ni pi tarawih je).. tahu ni berbuka dekat surau, solat dekat surau.. tarawih.. dan dengar tazkirah.. anak-anak pun ok je... diaorang kata makanan kat surau pun sedap jugak kalau nak dibandingkan dengan buffet di Hotel..
Allah hu Akbar...
seronok rupanya berbuka di surau, berbanding kebiasaan berbuka 4 orang je kat rumah, atau buffet ramadhan di Hotel.. Di Hotel dah la bercampur lelaki perempuan ketika nak ambil iftar... yang tak puasa pun sibuk nak beriftar juga.. lepas tu tak ada tempat solat... kadang maghrib pun 'leboh' canner tu ??... Jadi kawan-kawan meh le kita berbuka di surau atau masjid... memakmurkan rumah Allah, menghayati Ramadhan tanpa pembaziran ... in sya Allah berkat.. !!
Amy ni bukan la baik sangat nak nasihat orang, catatan Amy sebenarnya lebih kepada menasihati diri sendiri. Apa-apa pun dari catatan Amy adalah ikhlas dari hati, tidak ditujukan kepada sesiapa. Dalam pada berFB dan berblog, Amy jumpa catatan ini. Meh, kita baca sama-sama.. ( terima kasih untuk Izzuddin, pelajar praktikal 2013 )
Dalam bulan Ramadhan terdapat 10 kesalahan paling hit iaitu :
1.Tidak sahur.
- puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong.
2.Sahur terlalu awal
-Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper.
3.Terlebih tidur
- lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah . Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.
4. Berbuka secara buffet sampai buncit
- ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!
5. Membazar hingga membazir.
-lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.
6.Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
-bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal
7.Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadar
- Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!
8. Puasa tapi tak solat.
- pahala puasa pending, sebab tak solat. Ayoyo!
9. Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
-bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan.
10. Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.
-ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.
Ramadhan Kareem!
Selamat berpuasa.
Let us make this Ramadhan is the best Ramadan ever!
Ikhlas Lillahi Ta'ala.

Selamat berpuasa Emmy. Enjoy reading ur entry, pls visit mine too :)
ReplyDeleteIm new beginner.
http://salamselawat.blogspot.com/