Salam Malam Jumaat ... huarghh harg harggg !
Aku sibuk aa sejak dua menjak ni..makin berusia makin sibuk. Mulanya sekadar mengisi masa lapang, tapi lama kelamaan dah jadi tugas dan tanggungjawab. Tapi itukan motif aku? nak mengisi masa lapang dengan kerja² yang bermanfaat, paling aku bahagia andai gerakerja aku menjadi kebahagiaan orang lain juga.
Kebiasaannya aku akan bermain badminton pada waktu petang.. dalam pada biasa-biasa dah rasa nak bermain dengan orang lain.. maka terjalinlah satu persahabatan lain dalam ertikata bermain itu ...huh!
ini Team aku..he he
Friendly dengan Gang JKR Parit Buntar
Ada sesapa berhajat boleh hubungi aku..ewah bunyi macam riak pulak kan? Owh tidak-tidak, aku sekadar menjalin hubungan, mencari saudara antara makhluk Allah! heh!
Pada hari yang sama aku ada latihan koir untuk pertandingan koir peringkat PBT
Berlatih pagi petang siang malam ;
Ini gang koir pulak...
kenangan terindah di Kampung Manjoi ♥
Hari yang dinantikan ewah!
Penaung : Setiausaha Perbandaran Encik Borhan b Abd Halim atau lebih dikenali sebagai 'BOB' | . |
hehe ..gurau je S.U yer
Ini Cikgu kita ..Encik Zulkifli b Rasdi..comel je kan
Apapun kitaorang tak begitu bernasib baik.. maklumlah pengalaman pertama. Daripada 15 PBT yang menyertai, kitaorang di tempat yang ke 7 je..
Sungguhpun begitu..walaupun kalah, ada jugak yang berkenan nakkan kitaorang menyanyi lagi...
Permintaan pertama di Zoorama
Permintaan ke dua di Fiesta Pelancongan Negeri Perak
Di Ipoh
Di Ipoh
Ini MENTOR aku A'Ai.. |
Wah ! happy .. aku suka group ni.. ♥ |
Dalam apa jua keadaan, perbalahan, pertengkaran, perselisihan pendapat adalah lumrah alam, kerana kita adalah manusia biasa yang diciptakan dengan perbezaan. Sungguhpun demikian, kitaorang dah macam satu famili, apapun yang berlaku In Sya Allah pada akhirnya kita akan bersatu dan mencapai satu titik permuafakatan.. alhamdulillah !..
Lastnya berkoir pada malam 31 Disember, 2012.. menyambut tahun baru
Tapi aku tak count down kat Ipoh, balik Taiping juga
jumpa dan bermanja dengan CHINTAHATI ♥♥
...bersambung..
No comments:
Post a Comment