Showing posts with label Wedding Cake. Show all posts
Showing posts with label Wedding Cake. Show all posts

Monday, November 11, 2013

KEK KAWIN - ORDER DARI PUAN ZAKIAH GHANI

Malasnya nak taip nih..letihnya, letak gambar jelah kan?. Kek ni Puan Zakiah Ghani yang order untuk Majlis Perkahwinan adik iparnya..aku lupa nak upload ari tu..lupa campur tak dan..


Ni wana peberat aku ni macam sayang je nak jual cis, apa la perangai aku hik hik

SPESIFIKASI KEK
Kek : Coklat Moist
Ceam : Fresh
Deco : Fresh cream

HARGA SEMASA : RM 180.00

KEK KAWIN LAGI


Lama tak upload entry kek kawin, walaupun banyak yang telah dikahwinkan kek itu, nak buat mcm mana, tak dan orang kedah kata, sibuk memacam hai..
Jadi atas kesempatan masa yang sedikit ini aku letak le gambor yer, beserta harga sekali. Harga ni setakat Oktober, 2013 sebelum naiknya harga minyak petrol dan gula, bila dah naik aku terpaksa la naikkan harga  kek kuk ni yer huhuhu, sangat mendukacitakan.
Walau bagaimanapun, boleh la ex-jas ikut kemampuan .. in syaa Allah !..

Ni kek Kawin VV.. 


 
HARGA SEMASA : RM 270.00
Spesifikasi Kek
Tingkat atas : Kek Marble coklat Vanila
Tingkat Bawah : Coklat Moist 
Cream : Fresh Cream
Deco : Fresh Flower ( Owl dua ekor tu Pengantin punya tau )

Saturday, November 10, 2012

Sepuluh-Sebelas-Duabelas

Sepuluh-Sebelas-Duabelas
♥♥
Cantik Tarikh ni kan?... Hmm banyaklah peristiwa dan kejadian harini.. Yang Indah untuk diabadikan - pentingnya bersama orang tersayang, tak gitu..."adoiii !!! jatuh sanggul mak !" ..huhu..ayat dramatik la pulak aku ni kan.. Aku letih dah ni sebenarnya, baru balik shopping, tapi kalau tak update sekarang, alamat tak ber-update le sampai bebila.
Aku pun nak mengabdikan dan merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Norsiah bt Hj Din, Pengarah Perancangan dan Pembangunan Bandar, MPT kerana sudi meng-order kek Perkahwinan anak saudaranya yang diraikan pada hari ini di Taman Tasik Kamunting.
Perkahwinan dalam taman gitu...
ini le kek nya ...
(huhuhu malasnya nak menaip)


Rasa macam tak percaya pun ada, kek hasil kerja tangan aku ni dah berada di tengah² Majlis seperti ini...
Sebab..


Ibarat kata umpama mimpi dalam mimpi.. Aku ni !! "Tangan Kayu".. Tak pernah buat kerja memasak langsung..anak manja mak lah katakan.. ( Aku terus rindu dengan mak aku..sayaanggg mak..alfatihah untuk mak :') waaaa..rasa nak menangis golek²..argh! tak rasionalnya aku malam ni...
Balik ke dunia nyata Ami ..Huh!..


Apapun Aku berdoa semoga puan norsiah dan anak saudaranya puas hati.. Dan rasa tak sabar nak buat kek 6 tingkat untuk Puteri Natasha.. pui ! (Jangan Musnahkan angan² Angah tau Along??)

Selepas aku makan nasik minyak yang sedap itu ( sebab aku  lapo sangat gamaknyer) aku ke Penang..kenduri lagi..haduih..pecah dah perut aku..
Takmo makan nasik ah!..tapi ada cendol, ada laksa, ada bubuq...
Yang sangat sedap MEE GORENG MAMAK ..hmmm tak sempat nak ambik gambar la pulak ( aku segan sebenaqnya, kalau kenduri tu kat kampung aku ka, kat TEPEN ka..memang aku dengan tidak segan-silu akan mengambil gambar mee tersebut... memang mee goreng paling sedap aa.. 
Takpa, jangan putus asa..aku akan menelefon si Encik  Basri  ( Pegawai Imigresen Penang ) nanti hmm hmm... siap kau Encik Basri..nanti aku nak p makan mee tu lagi..tau!!


Bosan pulak dalam kereta ...novel pun lupa nak bawak.
Ambik la gambor ni kan..kang merajuk pulak Penang ni tak ambik gambor dia.. 
Aku mesti datang lagi....
sebab ???
nak cari mee goreng sedap tu he he he..

Malas dah nak taip..
~gud nite~

Saturday, March 24, 2012

Fondant Cake

Harini 24.03.2012 Sabtu, Kak Nor Fatimah order kek ni.. akupun buat ler.. macam kelam kabut juga..sib baik le best pren..kalau tak aku cakap malas je.. sebab paginya bertugas di padang bola Kamunting untuk Akademi Bola Sepak Majlis Perbandaran Taiping ( kepada sesiapa yang berminat nak masukkan anak² sila cari Kelab Bola Sepak atas nama Akademi Bola Sepak MPT kat Facebokk - ewah sempat lagi promo he he) ok, back to the story..habis duty baru balik buat kek ni..
Harap puashati yer kak Nor .. 

Friday, March 23, 2012

Kek Kawin Mat Rani

Selamat Pengantin Baru Mohd Rani bin Mohd Hussin, Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Agak kelam kabut menyiapkan kek untuknya sebab dalam masa yang sama nak menyediakan kek lain dan cheese tart ..
Sempat la jugak bergambar kenangan walaupun tidak bersama Mat Rani..( Tak sempat jugak pun makan nasik minyak Mat Rani ) sebab aku kena bertolak ke KL secepat mungkin. ( Sempat makan bihun je ngan ayah mat rani).. Apapun harapnya Mat Rani berpuashati.. Tahniah kerana harini dapat isteri he he 10.03.2012

Tuesday, December 27, 2011

Selamat Bersara Puan Radziah - Pengarah LAP Wilayah Barat


Semoga Berjaya dalam kerjaya baru yer puan. Terima kasih kepada staff "KAK ZA" yang sudi order...

Sunday, June 12, 2011

Megat Saffuan Wedding Cake


Jauh aku bawak kek ni pada 11 Jun, 2011 di Pendang, Kedah..dihadiahkan untuk adinda Megat Saffuan yang bertemu jodoh dengan mek kelate, Akma ( anakbuah NIk Aziz nih )..comel sungguh mereka!. Majlis pun berlangsung dengan meriah..tak sia-sia aku bersengkang mata menyiapkan kek ni hingga jam 3 pagi..(mana tak bersengkang mata..awal-awalnya nak melepak dengan Puteri Rafidah )..meriah-meriah..letih pun takpa..puas hati..

Spesifikasi kek

Kek Coklat ( permintaan Puteri Suriana sebenarnya)
2 tingkat
Topping, fondant icing, bunga hiasan : Royal icing
6.5 kg

Sunday, March 20, 2011

Wedding Cake - Azlina Immigration


Alhamdulillah... selesai sudah kek hari ini 20.03.2011. Order daripada Pn. Azlina dari Jabatan Imigresen Taiping untuk majlis perkahwinan adiknya. Harap Ina puas hati dengan hasilkerja kak Ami dan terima kasih banyak² sebab sudi order dari kak Ami yang amature ni ye.. he he

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA