Sepuluh-Sebelas-Duabelas
♥♥
Cantik Tarikh ni kan?... Hmm banyaklah peristiwa dan kejadian harini.. Yang Indah untuk diabadikan - pentingnya bersama orang tersayang, tak gitu..."adoiii !!! jatuh sanggul mak !" ..huhu..ayat dramatik la pulak aku ni kan.. Aku letih dah ni sebenarnya, baru balik shopping, tapi kalau tak update sekarang, alamat tak ber-update le sampai bebila.
Aku pun nak mengabdikan dan merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Norsiah bt Hj Din, Pengarah Perancangan dan Pembangunan Bandar, MPT kerana sudi meng-order kek Perkahwinan anak saudaranya yang diraikan pada hari ini di Taman Tasik Kamunting.
Perkahwinan dalam taman gitu...
ini le kek nya ...
(huhuhu malasnya nak menaip)
Rasa macam tak percaya pun ada, kek hasil kerja tangan aku ni dah berada di tengah² Majlis seperti ini...
Sebab..
Ibarat kata umpama mimpi dalam mimpi.. Aku ni !! "Tangan Kayu".. Tak pernah buat kerja memasak langsung..anak manja mak lah katakan.. ( Aku terus rindu dengan mak aku..sayaanggg mak..alfatihah untuk mak :') waaaa..rasa nak menangis golek²..argh! tak rasionalnya aku malam ni...
Balik ke dunia nyata Ami ..Huh!..
Apapun Aku berdoa semoga puan norsiah dan anak saudaranya puas hati.. Dan rasa tak sabar nak buat kek 6 tingkat untuk Puteri Natasha.. pui ! (Jangan Musnahkan angan² Angah tau Along??)
Selepas aku makan nasik minyak yang sedap itu ( sebab aku lapo sangat gamaknyer) aku ke Penang..kenduri lagi..haduih..pecah dah perut aku..
Takmo makan nasik ah!..tapi ada cendol, ada laksa, ada bubuq...
Yang sangat sedap MEE GORENG MAMAK ..hmmm tak sempat nak ambik gambar la pulak ( aku segan sebenaqnya, kalau kenduri tu kat kampung aku ka, kat TEPEN ka..memang aku dengan tidak segan-silu akan mengambil gambar mee tersebut... memang mee goreng paling sedap aa..
Takpa, jangan putus asa..aku akan menelefon si Encik Basri ( Pegawai Imigresen Penang ) nanti hmm hmm... siap kau Encik Basri..nanti aku nak p makan mee tu lagi..tau!!
Bosan pulak dalam kereta ...novel pun lupa nak bawak.
Ambik la gambor ni kan..kang merajuk pulak Penang ni tak ambik gambor dia..
Aku mesti datang lagi....
sebab ???
nak cari mee goreng sedap tu he he he..
Malas dah nak taip..
~gud nite~
No comments:
Post a Comment