Salam Petang Ahad..
Cerah hari ni, kering segala pakaian di ampaian. Alhamdulillah..walaupun aku suka hari hujan yang membuat hati terasai aman dan damai tetapi berkala perlu sinar matahari..untuk mengering segala kelembapan....
Aku menulis lagi petang ini....
kenapa ya?.. kerana macam-macam la kan, kerana suka, gembira, teruja dan sedih. Sedih la skit, mungkin...
Mungkin je, sebab hati ini ciptaan Allah yang paling istimewa selepas perasaan dan fikiran. Rasa itu akan hilang dengan sendirinya..Sedikit sedih itu cuma peristiwa kecil di mana, kata nasihat yang ditujukan secara am, telah dibalas dengan kata nista. Hilang rasa hormatnya kepada aku mungkin...Itulah encik suami aku telah berpesan, jangan dinasihat mereka yang hidupnya hipokrit, bermuka-muka dan tidak jujur dengan perkataannya...
Aku ini manusia, setiap manusia adalah 'khalifah' di muka bumi Tuhan. Surah An Nas menerangkan, kita wajib ingat-mengingati sesama manusia...
Ye.. aku jujur dengan perkataan aku, tapi kejujuran itu rupanya adalah satu kesalahan.
Aku perlu berpura-pura rupanya...Owh! tidak..aku tidak akan berpura-pura, kerana aku sendiri akan merasa tersiksa dengan kepuraan itu. Aku senang dengan diri aku. Biarlah...biarlah seluruh alam bencikan aku asalkan Tuhan tidak bencikan aku..
Kerana daripadaNya aku datang, kepadaNyalah aku kembali..
~Ami~
No comments:
Post a Comment