Biasanya pagi Sabtu aku memang 'free' skit, jadi bolehlah semak blog, update atau letak entry baru. Tapi harini tak ada kek atau masakan yer ! 'GANTUNG PERIUK' istilahnya...he he
Tujuan aku ber-blog bukanlah untuk menunjuk²...owh ! tidak kawan²ku.. segala apa yang 'di-entry' kan dalam blog aku ni hanyalah semata-mata untuk kita kongsi bersama. Untuk rasa bangga dan riak tidak sekali-kali. Aku faham kekadang ada juga yang berasa hati, iri hati atau sakit hati, tapi maafkanlah aku.. hidup ini terlalu singkat untuk kita terjemahkan dalam bentuk masa. Rugi kita beririhati atau berdengki sesama kita. Tidak ada maknanya segala apa yang ingin dilakukan dipendamkan sahaja hanya kerana takut perkataan orang lain. Setiap orang ada haknya..kalaupun darjat seseorang itu berbeza.. tapi maruah tiap seorang dari kita adalah sama. Janganlah kerana khatam sebuah kitab, rasa diri kita maksum, takde salah dah, kita buat semua betul..hingga kekadang perkataan yang keluar menghina orang lain. Nauzubillah.. !!!
Sungguhpun kita mengejar akhirat, tapi kaki masih berpijak di bumi, masih dalam alam fana, masih ada kewajipan bermasyarakat, masih ada tuntutan duniawi yang wajib dan fardu.. Senang cakap, kau masih perlukan orang lain di satu masa yang lain, hatta menggali kubur engkau pun kau perlukan orang lain. WARAK mana pun engkau takder mayat/jenazah kau bergolek sendiri ke dalam kubur.
eh! merayau-rayau pulak entry aku ni yer..(mungkin kerana ada peristiwa yang menimpa² buat hati sedikit terasa, tidak berdendam, tapi muhasabah diri sendiri, mungkin ada celanya atau yang datang adalah dugaan dari ilahi) apapun aku minta maaflah yer .. berbalik kepada persoalan di atas, aku terpanggil untuk menggarap entry TAKZIAH.. kerana terkenangkan seorang kawan sepejabat yang kebakaran kedai / restoran Nasi Ayamnya di Jalan Stesen Taiping. ..Jadi nak cakap apa yer kat dia..so aku terjumpa entry ni. Terima kasih Hafiz Firdaus!..
Gambar ehsan google |
Jawapan Kepada Persoalan Takziah:
Takziah atau belangsukawa bererti menganjurkan orang yang ditimpa
musibah untuk bersabar. Ia berkait rapat dengan musibah kerana musibah
lazim berlaku tanpa diduga dan ia kerap menimpa dalam keadaan seseorang
tidak bersedia menerimanya. Dalam keadaan seperti ini, sebahagian orang
– termasuk diri aku sendiri – akan memberi reaksi yang menjauhi sifat sabar,
apatah lagi untuk bersifat redha. Justeru di sini takziah memiliki
peranan yang penting di mana orang lain akan menganjurkan orang yang
ditimpa musibah untuk bersabar.
Diriwayatkan dalam sebuah hadis:
مَا مِنْ مُؤْمِنٍ يُعَزِّي أَخَاهُ بِمُصِيبَةٍ إِلاَّ كَسَاهُ اللَّهُ
سُبْحَانَهُ مِنْ حُلَلِ الْكَرَامَةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.
Tidaklah seorang mukmin menghibur (bertakziah) saudaranya yang ditimpa
musibah melainkan Allah
Subhanahu akan
memakaikan kepadanya salah satu dari pakaian kemulian pada Hari Kiamat.[1]
Cara-cara menyampaikan takziah adalah seperti berikut:
1.
Pada
zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam, takziah
disampaikan dengan bertemu secara terus kepada orang yang ditimpa
musibah. Ini adalah cara yang utama, namun boleh juga menyampaikan
takziah dengan menggunakan teknologi masa kini seperti panggilan telefon,
sistem pesanan ringkas (SMS), emel, facebook, tweeter ataupun blog (mcm aku ni la kan)
2.
Tidak ada tempoh masa untuk menyampaikan takziah. Asalkan diketahui
seseorang itu ditimpa musibah, kita dianjurkan memberi takziah. Namun
yang utama ialah memberi takziah seawal mungkin kerana ujian kesabaran
paling hebat berlaku pada saat seseorang itu ditimpa musibah dan ujian
ini makin berkurang dengan peredaran masa. Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wassalam bersabda:
إِنَّمَا الصَّبْرُ عِنْدَ الصَّدْمَةِ الأُولَى.
Sesungguhnya kesabaran itu tidak lain ketika pukulan awal (saat musibah
menimpa).[2]
3.
Takziah disampaikan dengan apa jua ucapan asalkan ia dapat menghiburkan
orang yang ditimpa musibah, menerangkan keutamaan bersabar dan
mengingatkannya bahawa Allah mengkehendaki kebaikan di sebalik musibah
itu.
4.
Takziah tidak sekadar ucapan tetapi diikuti dengan perbuatan membantu.
Pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam, baginda
menyuruh A’isyah radhiallahu anha memasak bubur Talbinah
untuk dihantar kepada orang yang menghidapi penyakit atau ahli keluarga
yang sedang bersedih kerana kematian. Baginda menerangkan hikmahnya:
إِنَّ التَّلْبِينَةَ تُجِمُّ فُؤَادَ الْمَرِيضِ وَتَذْهَبُ بِبَعْضِ
الْحُزْنِ.
Sesungguhnya bubur
Talbinah
menghiburkan hati orang sakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan.[3]
Contoh
yang lain,
ketika melihat jenazah Ja’far yang gugur dalam peperangan, Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
اصْنَعُوا
لآلِ
جَعْفَرٍ
طَعَامًا
فَقَدْ
أَتَاهُمْ
مَا
يَشْغَلُهُمْ.
Buatkanlah
makanan untuk ahli keluarga Ja’far kerana mereka telah ditimpa sesuatu
yang menyibukkan mereka.[4]
Merujuk kepada poin ketiga di atas, sekalipun
takziah boleh disampaikan dengan apa jua ucapan, yang lebih utama ialah
menggunakan ayat al-Qur’an atau hadis Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wassalam.
Berikut diberikan tiga ayat al-Qur’an dan hadis
yang sesuai lagi umum untuk apa jua musibah. Apabila ahli keluarga,
sahabat atau siapa jua ditimpa musibah, sampaikan salah satu dari ayat
atau hadis berikut dalam bahasa yang mereka fahami.
·
Pertama:
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ
بِشَيْءٍ
مِنَ
الْخَوْفِ
وَالْجُوعِ
وَنَقْصٍ
مِنَ
الأَمْوَالِ
وَالأَنْفُسِ
وَالثَّمَرَاتِ
وَبَشِّرِ
الصَّابِرِينَ.
الَّذِينَ
إِذَا
أَصَابَتْهُمْ
مُصِيبَةٌ
قَالُوا
إِنَّا
لِلَّهِ
وَإِنَّا
إِلَيْهِ
رَاجِعُونَ.
أُولَئِكَ
عَلَيْهِمْ
صَلَوَاتٌ
مِنْ
رَبِّهِمْ
وَرَحْمَةٌ
وَأُولَئِكَ
هُمُ
الْمُهْتَدُونَ
.
.
Demi sesungguhnya! Kami
akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan
kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah
khabar gembira kepada orang-orang yang sabar;
iaitu
orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka
berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan
sesungguhnya kepada-Nya kami kembali.”
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi
dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan
mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.
[al-Baqarah 2:155-157]
Tekankan penghujung ayat di
atas di mana orang yang bersabar dan mengucapkan kalimah
Istirja’ (إِنَّا
لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ) akan
mendapat tiga anugerah daripada Allah
Subhanahu waTa’ala iaitu kebaikan, rahmat
dan hidayah.
·
Kedua:
وَعَسَى أَنْ
تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا
وَهُوَ شَرٌّ
لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ.
Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal
ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia
buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui sedangkan
kamu tidak mengetahuinya. [al-Baqarah
2:216]
·
Ketiga:
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ
عِظَمَ
الْجَزَاءِ
مَعَ
عِظَمِ
الْبَلاَءِ
وَإِنَّ
اللَّهَ
إِذَا
أَحَبَّ
قَوْمًا
ابْتَلاَهُمْ
فَمَنْ
رَضِيَ
فَلَهُ
الرِّضَا
وَمَنْ
سَخِطَ
فَلَهُ
السَّخَطُ.
Sesungguhnya besarnya ganjaran (pahala) bersamaan
dengan besarnya ujian. Sesungguhnya apabila Allah mengasihi sesuatu kaum,
Dia menurunkan ujian. Maka sesiapa yang redha maka dia mendapat
keredhaan (Allah) dan sesiapa yang marah maka dia mendapat kemurkaan
(Allah).[5]
Adapun takziah untuk orang
yang menghadapi kematian sama ada ahli keluarga, saudara mara, sahabat,
rakan kerja dan sebagainya, maka ucapan berikut menjadi pilihan.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam
bersabda, bahawa Allah
Subhanahu waTa’ala
berfirman (hadis qudsi):
مَا
لِعَبْدِي
الْمُؤْمِنِ
عِنْدِي
جَزَاءٌ
إِذَا
قَبَضْتُ
صَفِيَّهُ
مِنْ
أَهْلِ
الدُّنْيَا
ثُمَّ
احْتَسَبَهُ
إِلاَّ
الْجَنَّةُ.
Tidak ada balasan di sisi-Ku
bagi hambaku yang beriman, ketika Aku mengambil buah hatinya dari
kalangan penduduk dunia lalu dia mengharapkan pahala dari-Ku, melainkan
syurga.[6]
Sebelum mengakhiri jawapan ini,
ingin diperingatkan bahawa ucapan takziah bukanlah
dengan berkata “Takziah” atau “Sabar ya…!” atau “Isy-isy! Ujian-ujian!”.
Kata-kata seperti ini tidak menghiburkan orang yang ditimpa musibah,
menerangkan keutamaan bersabar dan mengingatkannya bahawa Allah
mengkehendaki kebaikan di sebalik musibah itu.
BIBLIOGRAFI
[1]
Hasan:
Dikeluarkan oleh
Ibn Majah dan dinilai hasan oleh al-Albani
dalam Shahih Sunan Ibn Majah,
hadis no: 1301 (Kitab Ma ja’a fi al-Jana’iz,
Bab pahala menghibur orang yang ditimpa
musibah). Terdapat beberapa hadis
dalam bab ini, setiapnya dengan beberapa
jalan periwayatan. Semuanya memiliki
kelemahan di dalamnya. Justeru di
kalangan ahli hadis ada yang menganggap
ia tetap lemah manakala sebahagian lain
menganggap ia dapat diangkat ke darjat
hasan
lighairihi.
[2]
Sahih:
Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam
Shahihnya, hadis no: 1219
(Kitab
al-Jana’iz, Bab kesabaran ketika pukulan
awal).
[3]
Sahih:
Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam
Shahihnya, hadis no: 5257 (Kitab
al-Tibb, Bab bubur Talbinah untuk orang
sakit). Talbinah ialah bubur
yang diperbuat dari gandum dan
kadangkala dicampur dengan madu.
[4]
Hasan:
Dikeluarkan oleh
Ibn Majah dan dinilai hasan oleh al-Albani
dalam Shahih Sunan Ibn Majah,
hadis no: 1610
(Kitab
al-Jana’iz, Bab menghantar makanan ke
rumah keluarga si mati).
[5]
Hasan:
Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai
hasan oleh al-Albani dalam Shahih
Sunan al-Tirmizi, hadis no: 2396-2
(Kitab
al-Zuhud, Bab berkenaan sabar dalam
menghadapi bala’).
[6]Sahih:Dikeluarkan oleh
al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis
no: 5944
(Kitab
al-Riqaq, Bab amalan yang dengannya
dapat mencari wajah Allah).
~Ami : InsyaAllah - aku, jujur dengan perkataan aku sendiri~
No comments:
Post a Comment