Salam Aidilfitri kepada semua rakan facebook, 'bloger' dan 'blog-walker'. Ami mohon maaf atas segala kesilapan Ami. Salam kemaafan juga untuk pelanggan² yang Ami tak dapat penuhi permintaan mereka, terutama kepada Cik Nurul Hj Noor Mohamad. Nurul menempah kek perkahwinan semalam. Tiga tingkat katanya... mm alahai..maafkan akak dik.. memang niat di hati ingin membuat persembahan terbaik di hari istimewa kamu tapi apakan daya... ( Sampaikan salam kemaafan akak untuk abah dan mak ye)..
kerana ....
Pada 13 Ogos, 2012 satu pembedahan kecil dilakukan kepada ibu jari sebelah kanan..
Jadi......
Apakah 'bermaksud' lagi pada setiap rekaan yang ingin dilakukan...??
Maka....
Setiap rekaan hanya tinggal anggan-angan kosong yang tiada 'maksud'nya...
Perghh..Ami bermadah di penghujung Ramadhan 1433.. Maafkan Ami yer..!! mungkin kita akan berurusan merantai kenangan di masa yang lain. Doakan Ami cepat sembuh ok?!..sebab memang banyak perkara tak dapat dilakukan.. Hampir semua kerja dilakukan oleh tangan kiri yang banyak berehat selama ini...
salam kasih, salam sayang, salam aidilfitri..untuk semua rakan-rakan facebook, bloger dan blog-walker ... kita jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment