Monday, November 11, 2013

Udangalah Masak Cili Api Mr Arrogant

Salam Awal Muharram 1435
mlm ni aku terlebihrajin sebab kununnya nk menghayati Drama Bersiri Love You Mr Arrogant ! episod akhir tu huk huk.
 Jadi, untuk ambik hati encik suami, aku masak mlm ni. Diaorg mmg suka aku masak tapi aku ni yg pemalas,  nk pulak hari berkenaan ada game badminton, alamat letih tergolek, encik kedai melambai lambai. 
Mlm ni aku msk lemak cilipadi udangalah, tak galah pun takpa hik hik. Gu dengan ikan masin goreng cili, sambal masak cicah ulamengkudu blakang rumah.
Resepi masaklemak cili api dulu tau :

Bahan:
Udang Galah 10 ekor saiz M
1 biji kentang dipotong kecil-kecil
10 biji bawang merah
2 biji bawang besar
7 buju cili padi
secubit belacan
5 cm kunyit
100 gm ikan bilis ( aku main jemput agak² je hik hik )
1 batang serai - diketuk²
1 kiub ikan bilis Knorr
Garam, gula, MSG - ikut kesedapan masing² lah ye..
Santan ( Aku guna santan kotak je)


Caranya :
mola bersihkan udang - aku bli 10 ekoq ja udang galah saiz M, tu ja yg ada pun kat kedai Agro tu
Aku potong sebiji kentang saiz  L
blend - 10 biji bwg merah,2 biji bwg besar, 7 biji cili padi, secubit belacan, 5cm kunyit hidup dan 100gm ikan bilis, masukkan bahan yang diblend ni ke dalam periuk dengan ubi kentang dan sebatang serai. dah empuk ubi tu masukkan garam, gula, msg (jika suka) dan satu kiub ikan bilik Knorr.. dan rasa la dengan lidah korang masin manisnya. Masukkan udang dan biar udang masak sekejap last sekali masukkan santan ( aku guna santan kotak Ayam Brand, bancuh skit dengan air panas ), rasa la sekali lagi..dah siap..

Tadaaa..


Gambar ehsan internet

Selamat Memasak



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA