Friday, October 18, 2013

kek untuk abah

Harini 18 oktober 201 masak kek untuk abah wahab


kek oren permintaan zainal hisham. aku tak rajin masak kek ni, nasib ko le zainal. resepinya nnti aku letak ye sbb skg ni mcm maleh nak taip kat hp ni
semoga abah panjang umur,sihat dan ceria
masih tergiang di telinga, abah panggil aku
... " nani, mai sini sat" huhu .. abah!
Hasni & Zainal 
sorry aku tak dpt dtg ke majlis korang
hanya kek sebagai pengganti, harapnya berpuashati dpt merasa kek hasilkerja tangan aku yg tak sepertinya ini. Sampaikan salam aku untuk abah, yang, kok mi (kalo ada) abg Lan, kok pidah, abg nuar, kak mizan, dan sedara mara lain yang ada.  Doa untuk abah, semoga panjang umur, sihat dan bahagia !.

Isk sori ek! emo skit maklumlah aku ni skg sudah tiada kampung halaman, sudah tiada mak dan bapak, tiada abang dan kakak untuk  bermanja. Tiada Cik dan Abah untuk mengadu. Semuanya dilakukan sendiri-sendiri. Tak ada hadiah untuk abah...dan tak pernah bagi hadiah kat abah, teruk aku ni kan?hik hik..

isk ! melalut lagi kan?, korang nak resepi kan?. Resepi kek Oren ni senang giler...

Tips Dapur Hari Ini :
  Apa-apa hal pun kan, korang kena panaskan oven 20 minit awal, kira nak start buat kek tu, panaskan la oven tu..tau!

Bahan bahannya :

2 cawan tepung gandum + 2 sudu besar baking powder, diayak. Tapi aku malas, aku letak 2 cawan tepung naik sendiri ekekeke..
1 cawan gula halus
1 cawan minyak masak
2 biji telur
1 biji oren sunkist ( ambik isi je )

Caranya :
Blender semua bahan kecuali tepung.
Kemudian tuang ke dalam bekas dan campur tepung sedikit demi sedikit.
Kacau dengan spatula sehingga sebati.
Masukkan ke dalam loyang 
Bakar pada suhu 170'c selama 40 minit atau sehingga masak. ( ikut kesesuaian oven masing masing)

sekian, selamat memasak !

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA