Saturday, September 22, 2012

KEK KEK KEK

22.09.2012 (Sabtu) - Noriza Ramli : LAP Taiping

Lamanya aku tak update blog aku ni.. wi-fi rosak beb..hadui..merana jiwa. ( sebab tu le status aku " meniti hari-hari bahagia' he he pasai dia internet dah ada he he he... jangan marah haaa!!!  Dan lama jugak lah tak ada gambar² kek kat blog aku ni..

Kek Harini request dari kak Noriza bt Ramli : Lembaga Air Perak. Terima Kasih kak Iza..dari awal tahun booking nakkan hasilkerja aku ni untuk Majlis Putera sulungnya. Alhamdulillah..selamat semuanya.. ketaq lutuit jugak aku nak bawak kek ni ke Dewan Kamunting nun... bayangkan ..ngerrr!! Terima kasih juga kepada encik suami yang tak henti-henti memberi sokongan. Siap teman aku memasak lagi. Makasih-makasih..

Ini kek Minggu lepas 15.09.2012
Perkahwinan Fadillah bt Ghaffar. Anak tuk Ketua Larut Tin

Barbie Doll Cake 13.09.2012


Dato Yussrizan order untuk princess dia yang sangat comel! Aleesya..
Ada yang tanya..kalau anak lelaki nak buat spiderman boleh tak..he he he
aku gelak ( dalam hati..mampoih dah aku )

05.09.2012
Hah.. ini aku di hari lahirnya aku ewah!.. nampaknya banyak kek untuk bulan kelahiran aku ni kan?.. 
Ops! tapi kek ni bukan aku masak ye..alah takkan laaaa aku nak masak kek untuk diri sendiri.. ingat aku PM Najib ke twitt diri sendiri, cheh! Bajet-malu-gila tu he he he
tada.. ini le tuan yang memasak kek untuk aku.. 
Azlina Azman!.. kawan yang sesama gila-memasak..he he
Terima kasih kak Ina..
Pelajar Praktikal..comei-hensem-ramah-rajin..
Amir - budak Jelai - kelakar budak  ni..
Ada kek, ada hadiah, ada ucap salam, ada ciuman mesra tanda diri kita masih 'bertahta'. 
Terima kasih kepada rakan dan saudara yang meraikan aku. Semuanya adalah kenangan untuk aku simpan hingga hujung nyawa. 
Terima kasih....

~Ami~






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA