Saturday, April 14, 2012

Berhujung Minggu

Pagi ni malas nak masak.. Pusing² Bandar Taiping cari 'sarapan pagi'.. cadangan asal nak makan d Gerai 'Mama Su' ( Gerai No. 34, Casual Market ) Tapi bila sampai Yong Thuraya tak ada ..kedai pun tak bukak, alahai, kempunan nak makan soto dia yang sedap! Memang 'A' lah Yong punya soto, selain nasi lemak, Mee rebus daging salai, ada lagi beberapa menu lain..yang memang sedap!

Lepas tu anak² nak makan di kaki bukit larut..ayahnya mengikut je.. bila tiba dipersimpangan Burmese Pool dia belok kanan..eh! ayah nak pergi Sentosa Villa ... mmm apa ada kat SENTOSA VILLA ye.. Jom kita tengok..
Dah sampai..ha tu cafe dia..Nik Irsyad tergedik-gedik..(lapo le tu)

Santai je cafe dia..sukanya ..Apa menunya pagi ni...?? Mee goreng mamak..mmm tak suka mee pepagi ni kang angin satu badan. Kena order westernlah ye.. 
 Order la cepat ..lapor ni..
 Omelette !



 Senang bela bebudak ni, semua makan..( macam mak dia gak he he)
 Bila dah lapor..semua sedap yer!.. 
ok dah makan jom kita jalan - jalan sebelum balik.
Aku suka rumah ni... rasa nak rest je kat sini saridua..suasana dia..memang nyaman..
Ada sungai...
Tepi sungai ada buaian..isk..bestnye
Sungai dan buaian ni tak jauh dari cafe tadi.. mmg best tempat ni.. bukan tempat ni je best.. Taiping memang bestttt..he he
Dua bradik ni tak penat² nak posing, dah nak balik pun sempat lagi bergambar bawah pokok keladi gajah ni..
"dah..dah ! jom balik"... nanti datang lagi, kita tido sini...
"yer lah....."
Memang tak puas lepak kat sini..memang akan datang lagi. Aku terpaksa balik sebab ada kerja skit kat pejabat, bos panggil aku datang kejap. Ada la tu kesian dia. Ok itu saja entry hari ni.. korang datang la tempat ni memang best...

 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA