Monday, March 19, 2012

Kawan !!


Harini, usai solat zuhur, terserempak dengan seorang kawan. Menangis tersedu-sedan. Belas hati .. aku tanya kenapa. Dia dihina, disindir di 'mengata'...

Pada aku ... biasa sebenarnya situasi itu, mungkin dia tidak kuat macam aku, ewah! bukan begitu, kekuatan seseorang subjektif.. tiada skala dan bandingan tertentu untuk menilainya. 'Biasa' pada aku mungkin kerana aku telah melaluinya. Mungkin kerana aku senang mendapat kawan, mungkin, mungkin, mungkin 1001 macam kemungkinan.

Cuma aku ingin berpesan, pada kawan, pada saudara, malah pada diri aku sendiri... jangan cepat menghukum seseorang, jangan suka menghina dan mencaci hanya kerana kesilapan orang lain. 'Orang' hilang 'boifren' kang awak hilang suami, isteri, anak, adik ke hapa ! amacam??. Kuasa Tuhan terlalu 'miracle'.  Jangan takbur!. Sebaliknya.. berilah dia kekuatan, berilah dia semangat, berilah dia peluang.

Pada kawan aku itu juga, jadikanlah ini satu iktibar, panduan dan pengalaman hidup sebagai manusia. Kesilapan sudah tentu tidak dapat dibetulkan, cuma kita jangan ulang kesilapan itu. Itupun kalau ia dianggap satu kesilapan. Kalau pada pandangan dan tafsiran aku, takde le mana silap pun.. biasejele..

Kesimpulannya:
Jadilah manusia yang TIDAK berbangga dengan apa yang dimiliki. Tidak menunjuk-nunjuk... kerana apa yang kita ada hatta mulut dan lidah ini juga milik ALLAH adanya...   Adapun jika kita ini diberi kuasa menghukum, adalah lebih baik melepaskan seseorang yang bersalah daripada terhukum orang yang tidak berdosa...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA