Saturday, March 24, 2012

Banana Marble Cake

Kek ni untuk Cc Hamidah. Belated Birthday..Kek Welcome to Jabatan Kejuruteraan gitu..ewah! takde la..kebetulan hari tu ter ada pisang yang lebih, so aku teringat satu resepi Chef Zubaidah "Banana Marble Kek", kita semak resepinya:

Bahan :
150 gm  - pisang emas
200 gm  - tepung gandum
160 gm  - gula castor
3 biji telur gred B ( kalau guna gred A, buang sedikit putih telurnya - kalau tak kek jadi lembut sangat)
120 gm  - minyak jagung / minyak masak
1 Sudu besar Ovalette
1 Sudu kecil soda bikarbonat
1 Sudu kecil baking powder
1/4 Susu kecil esen pisang / asen vanilla
2 sudu besar coklat emalco

caranya:
1. Putar pisang dengan gula
2. masukkan tepung gandum dan putar
3. masukkan telur, minyak, ovalette, soda bikarbonat, baking powder - putar sehingga pekat dan bertanduk.
4. asingkan dua bahagian - satu dicampur dengan coklat emalco dan satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.
5. Panaskan oven selama 10 - 20 minit
6. sapukan loyang dengan butter dan taburkan dengan sekit tepung gandum.
7. Masukkan adunan tadi berselang-seli dan lorekkan
8. Bakar selama 45 minit / sejam atau sehingga masaik dengan suhu 150'c

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Kek , Cupcake & Coklat

Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-

KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *

Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *

( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CUPCAKE & COKLAT

Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..


Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

website-hit-counters.com
Provided by website-hit-counters.com site.

HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA