Salam Pagi Jumaat....
Pagi ni sungguh mendamaikan... Alhamdulillah..
kalau ikutkan semalam aku kepenatan
Nak masak kek ke- tak nak- nak masak ke - tak nak- 50/50 orang tua² kata..
"MASAK!!" Fara kata... kesian Abang A'a hari tu kita tak panggil dia jamuan kroni...kecikkk ati ♥ dia..
Kebetulannya esok besday dia...
Bila bagi kat dia pagi ni..
Fara kata, ini le first time dia dapat kek sejak 50 tahun.. hu hu hu..melawak agaknya..
kalau betul apa di kata, aku berbesar hati memasak kek untuknya.
SELAMAT HARI LAHIR ABANG AZHAR HASHIM
Semoga Panjang Umur, Dimurahkan Rezeki, Dikurniakan Kesihatan Yang Baik Oleh Allah Taala
~ AMINNnnn~
Cappucino Almond Marble Cake
Bahan-Bahannya A :
250 gm Tepung naik sendiri
200 gm gula halus
6 biji telur
1 Sudu Besar Ovalatte
1 Sudu kecil baking powder
1 Sudu Besar Susu Pekat Manis
50 gm Air
2 Sudu besar serbuk Almond
Bahan B:
175 gm butter yang dicairkan
Bahan C :
1 Sudu besar coklat emalco
Bahan D :
200 gm coklat masakan - untuk hiasan.
Caranya :
1. Panas kan oven 150'c
2. Masukkan semua bahan A.. Mix dengan perlahan, sesudah semua bahan rata, gunakan speed laju. Mix hingga ia menjadi kental dan apabila diangkat mixer adunan akan menjadi bentuk tanduk (tudia he he)
3. Masukkan Bahan B. Mix sehingga sebati
4.Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan warna asal, satu bahagian lagi dicampur dengan Bahan C. kemudian masukkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan kertas kek secara berselang seli, Buat sehingg adunan habis. Lorekkan menggunakan lidi..Bakar selama 45 minit hingga sejam.
5, Hias dengan coklat masakan mengikut kreativiti anda.
~ Terima kasih kepada Chef Zubaidah yang mengajar saya resepi ini. ~ sangat senang ♫♫ la la la~
No comments:
Post a Comment