Setiap hari ada saja kerja Amy kan ?.. Amy suka sesuatu yang melibatkan kerja seni.. tak kiralah seni memasak, menjahit, melukis, bermain muzik dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tiap gerakerja, Amy harap ianya akan beroleh amal. Beri kegembiraan pada hati Amy dan bermanfaat kepada manusia lain. Amy akan cuba memuatkan pelbagai hasilkerja Amy untuk dikongsi bersama...
Sunday, January 1, 2012
Roasted Potatoes
Bahan
3 biji kentang saiz besar - dibersihkan tak perlu buang kulitnya
5 btg sosej direbus dan dicincang
1 biji tomato - dipotong dadu kecil
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk lada hitam
4 sudu besar mayonise
3 keping cheese ( Amy guna "BEQA" smokey BBQ Slices)
Sedikit sos cili thai
Sedikit kicap cair ( Amy guna kicap Thai )
Aluminium Foil
Caranya
1. Kentang dicucuk demgam garfu dibalut dengan aluminium foil dan dibakar dalam oven pada suhu 200'c selama 1 jam.
2. Sementara menunggu kentang masak, sediakan intinya : Daging sosej dicincang di campur dengan lada sulah, lada hitam, kicap cair, tomato dan mayonise. Rasa. Tambah apa yang patut.
3. Kentang masak.Buka sedikit aluminium foil dan belah dua kentang. masukkan cheese yang dicarik² dan masukkan inti.. letak sos cili dan akhirnya atas sekali letak cheese lagi...
4. Bakar sekali lagi sehingga cheese mencair. ( 3 minit )
PETUA DAPUR AMY
Sosej boleh diganti dengan bahan lain seperti sardin, ayam percik, ayam panggang atau daging dengdeng. Makhai sedapnye..
Labels:
KENTANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harga Kek , Cupcake & Coklat
Amy simple je..tak ada spesifikasi sangat tentang harga kek, tapi atas permintaan kawan², Amy cuba letakkan panduan asas tentang harga kek dan cupkek yang ditawarkan :-
KEK
Coklat Cake, Moist Cake, Marble Emalco (strawberry, coklat, cappucino, kopi dsb), Banana Cake dan Butter Cake
Bermula RM 35/kg ke atas *
Cheesecake ( Strawberry, Bluberry dan Kiwi )
Bermula RM55 ke atas *
( * harga kek sahaja tidak termasuk hiasan / topping )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
CUPCAKE & COKLAT
Amy mintak maaf sangat-sangat sebab buat masa ni tak boleh nak ambil sebarang order cupcake, coklat dan coklat gubahan. Sebab tak cukup masa, tak sempat, tak cukup tangan dsb..hehe..
Walau Bagaimanapun Amy adalah seorang penjawat awam, yang bertugas setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan kerja - kerja memasak serta mendekorasi kek hanya dilakukan pada hujung minggu.. (part time je la kan). Amy juga terlibat dengan kerja² amal, persatuan dan juga sukan. Dan tu ada kelas muzik lagi ( selalu kena 'senyum' dengan cikgu muzik sebab tak berlatih ekeke ) Oleh itu, Amy mohon kerjasama sekiranya ingin menempah, berilah masa untuk Amy dan Amy mohon maaf sekiranya permohonan itu mengejut dan terpaksa Amy tolak...

Provided by website-hit-counters.com site. |
sedap ni...
ReplyDeleteMemang sedap G.. tuang pulak sos cheese engkau tu..mak hai..hingga menjilat siku..
Delete