Pada aku ... biasa sebenarnya situasi itu, mungkin dia tidak kuat macam aku, ewah! bukan begitu, kekuatan seseorang subjektif.. tiada skala dan bandingan tertentu untuk menilainya. 'Biasa' pada aku mungkin kerana aku telah melaluinya. Mungkin kerana aku senang mendapat kawan, mungkin, mungkin, mungkin 1001 macam kemungkinan.
Cuma aku ingin berpesan, pada kawan, pada saudara, malah pada diri aku sendiri... jangan cepat menghukum seseorang, jangan suka menghina dan mencaci hanya kerana kesilapan orang lain. 'Orang' hilang 'boifren' kang awak hilang suami, isteri, anak, adik ke hapa ! amacam??. Kuasa Tuhan terlalu 'miracle'. Jangan takbur!. Sebaliknya.. berilah dia kekuatan, berilah dia semangat, berilah dia peluang.
Pada kawan aku itu juga, jadikanlah ini satu iktibar, panduan dan pengalaman hidup sebagai manusia. Kesilapan sudah tentu tidak dapat dibetulkan, cuma kita jangan ulang kesilapan itu. Itupun kalau ia dianggap satu kesilapan. Kalau pada pandangan dan tafsiran aku, takde le mana silap pun.. biasejele..
Kesimpulannya:
Jadilah manusia yang TIDAK berbangga dengan apa yang dimiliki. Tidak menunjuk-nunjuk... kerana apa yang kita ada hatta mulut dan lidah ini juga milik ALLAH adanya... Adapun jika kita ini diberi kuasa menghukum, adalah lebih baik melepaskan seseorang yang bersalah daripada terhukum orang yang tidak berdosa...
No comments:
Post a Comment